ANJING BASENJI | Haiwan yang punya kuasa magis dalam mitos Mesir kuno. Mampu usir roh jahat dan menghalang wabak penyakit

Dari Penulis

TERDAPAT pelbagai anjing di dunia ini, namun spesies Basenji boleh dikatakan antara ras anjing paling unik di dunia. Berdasarkan perkongsian maklumat, dikatakan baka anjing ini tidak boleh menyalak atau membuat bising seperti spesies anjing lain.

Jika dirujuk menerusi subfamili, spesies anjing ini tergolong dalam baka Basenji yang dikatakan berasal dari negara Kongo, Afrika. Spesies anjing ini juga mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Apa yang uniknya tentang anjing Basenji ini, ia dikatakan mempunyai kebolehan meniru bunyi salakan baka anjing lain, kucing atau suara pemiliknya. Namun, kebolehan itu hanya boleh dilihat pada masa-masa tertentu sahaja.

Sesetengah pendapat mengatakan bunyi-bunyian tersebut akan kedengaran jika anjing ini beradaptasi dengan haiwan lain atau persekitarannya. Bagaimanapun, proses ini menjangkaui satu tempoh masa yang agak lama sebelum ia mampu menyesuaikan diri. Sebab itu, rata-rata para pembiak baka ini akan melakukan adaptasi sewaktu anjing ini masih kecil lagi.

Spesies anjing Basenji.

Anjing ini juga digunakan dalam aktiviti perburuan kerana cekap dalam mengendalikan haiwan buruan. Ia kelihatan lebih berhati-hati dan senyap sewaktu mendekati mangsanya. Tidak seperti baka anjing lain yang akan menyalak terlebih dahulu sebaik sahaja bertemu lawan atau mangsanya.

Anjing Basenji juga haiwan yang patuh pada setiap arahan tuannya. Ia juga tersenarai sebagai salah satu spesies anjing paling pantas berlari.

Di sebalik keistimewaan itu, terdapat sedikit kekurangan tentang haiwan ini. Anjing ini mempunyai sifat hiperaktif. Disebabkan itu, adakalanya ia boleh bertindak di luar kawalan. Sebagai contoh, suka melompat, memanjat pagar atau meloloskan diri.

Tahukah anda, anjing Basenji pernah menjadi unsur penting dalam sebuah peradaban kuno. Dalam mitos Mesir kuno misalnya, baka anjing ini dianggap sebagai haiwan suci dan dihormati oleh masyarakat pada zaman itu.

Kepercayaan itu wujud kononnya kerana anjing dipercayai memiliki suatu kuasa magis yang mampu mengusir roh-roh jahat serta menghalang penularan wabak penyakit dan sebagainya.

Anjing ini mempunyai sejarah penting dalam ketamadunan Mesir purba.

Oleh sebab ia seekor haiwan bertaraf tinggi ketika itu, anjing Basenji hanya boleh dipelihara oleh golongan tertentu sahaja seperti para pahlawan, pembesar dan raja. Rakyat biasa dilarang berbuat demikian dan dianggap sebagai satu kesalahan berat jika memiliki anjing ini.

Sementara itu, dalam bidang penyelidikan arkeologi mengesahkan baka anjing tersebut sebagai spesies tertua di dunia. Pembuktian ini diketengahkan selepas banyak penemuan rangka haiwan ini di dalam makam firaun (raja Mesir kuno). Selain rangka, kebanyakan proses ekskavasi turut menjumpai keranda serta arca-arca kecil berbentuk seperti anjing Basenji.

Sejak ia dijumpai di Kongo pada kurun ke-19, spesies anjing ini mendapat permintaan tinggi di kalangan masyarakat di benua Eropah dan Amerika. Tidak hairanlah wujud satu catatan lama menggambarkan satu usaha pemindahan baka anjing tersebut ke benua Eropah. Malangnya, usaha itu gagal kerana haiwan berkenaan mati akibat penyakit. Namun, pada tahun 1930 dan buat pertama kalinya ia berjaya dipindahkan ke England dan Amerika Syarikat.

Catatan lama menunjukkan usaha pemindahan baka anjing ini ke benua Eropah.

Selain itu, turut diceritakan penubuhan sebuah kelab diberi nama Kelab Basenji Amerika pada tahun 1942. Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1943 tertubuhnya sebuah kelab kebajikan haiwan ini yang menggunakan nama American Kennel Club.

Pada tahun 1944 pula merupakan pendaftaran pertama seekor anjing Basenji dengan nama Phemister’s Bois (nombor pendaftaran A738970).  Merujuk pada ranking dunia, baka ini menduduki tangga ke-84 daripada jumlah keseluruhan iaitu 155 yang telah didaftarkan.

Anjing Basenji, antara spesies anjing tertua di dunia.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Bunian tak semua cantik’… Miman gambarkan makhluk misteri dalam karyanya

Lukisan bunian yang dihasilkan oleh pelukis muda berbakat, Miman, baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial.  Berbeza dengan gambaran...

More Articles Like This