Usul tambahan PAU 2022: Dua ahli UMNO hantar aduan kepada RoS

Dari Penulis

DUA ahli UMNO hari ini menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada PAU 2022, Sabtu lalu.

Muhammad Aizat Fikri mendakwa atur cara mengemukakan usul tambahan itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.

Menurutnya, usul tambahan tersebut telah diperkenalkan semasa ucapan pencadang usul Ucapan Dasar Presiden pada hari persidangan dilihat sebagai lihat melanggar Perkara 10 Peraturan Persidangan yang menyatakan bahawa apa-apa usul perlulah disampaikan dalam tempoh tertentu.

Ahli UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir menunjukkan surat aduan yang dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkenaan pelanggaran perlembagaan UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022 lalu ketika ditemui di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Putrajaya, hari ini. GAMBAR : Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Pertahan jawatan Naib Presiden UMNO? Tak tahu lagi jawab Ismail Sabri

Muhammad Fiqri Firdaus, yang ditemui media selepas menghantar aduan itu kepada RoS, di sini, berpendapat yang menjadi pertikaian adalah usul tambahan itu perlu dibawa sekurang-kurangnya ke peringkat cawangan dan bahagian.

“Salah satu rasional kenapa kita bawa perkara ini kepada badan kawal selia adalah untuk memeriksa jika ada pertikaian terhadap usul yang dibawa di PAU 2022, baru-baru ini,” katanya.

Sabtu lalu, majoriti perwakilan yang hadir pada perhimpunan itu menyatakan sokongan terhadap usul tambahan dicadangkan wakil UMNO Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada hari yang sama, berkata mana-mana ahli yang mempunyai kepentingan terhadap parti boleh merujuk kepada RoS sekiranya ingin mengetahui sama ada keputusan yang dibuat perwakilan sah atau tidak.

UMNO perlu mengadakan pemilihan parti sebelum 19 Mei ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This