Hampir tujuh tahun bertapak dalam industri berkongsi kebaikan bersama masyarakat, MMG yakin seleksi produk minyak urut yang dipasarkan berupaya mengubah kehidupan dengan tawaran perniagaan yang diusahakan.
Menurut pengasas MMG, Lily Abd Wahab dan Wan Ahmad Basheri Wan Salman, mereka mahu melahirkan lebih ramai usahawan dari kalangan suri rumah bagi membantu menjana ekonomi keluarga sehingga mereka mampu mengeluarkan zakat sendiri.
“Fokus kami pada tahun ini adalah kepada kejayaan pertambahan pendapatan isi rumah buat usahawan MMG. Lebih ramai suri rumah berjaya menaikkan ekonomi keluarga masing-masing sehingga boleh keluarkan zakat itulah sasaran kejayaan bagi saya,” katanya kepada media.
Menyasarkan jumlah jualan RM7 juta pada 2023, jelas Lily, produk yang dilahirkan ini telah banyak membantu golongan suri rumah menjana pendapatan. Malah dia tidak mahu terlalu mengejar kuantiti ejen yang ramai, sebaliknya hanya menjaga ejen sedia ada.
“Untuk 2022, jumlah jualan minyak urut MMG sebanyak RM5 juta dan kami menyasarkan RM7 juta pada tahun ini kerana melihat perkembangan pasaran yang semakin positif.
“Buat masa ini kami mempunyai 2000 ejen di seluruh negara termasuk Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei. Kami tidak mahu terlalu mengumpulkan jumlah ejen kerana mahu fokus kepada ejen sedia ada supaya dapat memberikan latihan dan ilmu yang lebih berkualiti.
“Namun kami turut membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak Melayu khususnya suri rumah bagi menjana pendapatan di rumah.
“Matlamat kami mahu melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dari kalangan suri rumah yang berjaya mengurus masa dan boleh teruskan aktiviti kerja rumah seperti menghantar anak sekolah, memasak sambil berniaga MMG,” ulas Lily Ketika ditemui pada Majlis Istimewa MMG di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terdahulu, majlis istimewa ini turut melancarkan produk terbaharu, minyak urut moden lavender bidara bersaiz 50ml. Produk ini diformulasi dengan bahan utama seperti minyak kayu putih, mint, aloe vera, lavender eo dan bidara dan ia mudah kering, berasaskan air dan tidak melekit.
Majlis turut meraikan ejen dengan pencapaian terbaik sepanjang 2022.
Most Consistent Award 2022- Norazliza Ramli
Most Dynamic Award 2022 – Azura Jamaluddin dan Kartika Haplan
Most Commited Award 2022 – Samsiatun As’ad
Most Creative Award – Nadia Asha’ari
Most Inspired Award 2022 – Mahani Mat Husin dan Aidah Atir
Excellent in Leadership – Wan Nur Faziellah Wan Ibrahim dan Siti Rohana Mustapa
Outstanding Achievement Award – Siti Noor Arida
Top Growth Performance Kategori Sales – Azila Johari
Top Growth Performance Kategori Restok – Noraini Yusof
Top Achiever 2022
Kategori Diamond : Asma Benjaman
Kategori Gold : Hasnawaty Umar
Kategori Jade : Nur Farahliyana
Kategori Rania : AZILA Johari
Outstanding Team Award – Team Famili DCH