KURANG sebulan berkongsi mengenai berita pertunangan, namun hubungan pelakon Zarina Anjoulie bersama Datuk Seri Khazrul Alzey dilaporkan sudah berakhir.
Khazrul menjawab segala teka-teki mengenai hubngan mereka dan mengakui dia bukanlah orang yang baik seperti yang diharapkan Zarina.
“Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.
“Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik,” tulisnya menerusi hantaran di TikTok.
Entri tersebut turut disertakan dengan beberapa foto kenangan sewaktu mereka masih menjalinkan hubungan cinta.
“Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you (saya sayang kamu), mama,” luahnya.
Sebelum ini, Zarina mencetuskan persoalan ramai apabila bertindak memadam semua gambar bersama Khazrul.
Malah, menerusi kemaskin terbaharu di Instagram, Zarina memuat naik kapsyen “Broken (patah hati) tapi masih bertahan”.

