Tersasul panggil ‘sayang’, Shila Amzah sahkan Ubai lelaki istimewa dalam hidupnya

Dari Penulis

PENYANYI Shila Amzah mengakui pempengaruh TikTok iaitu Ubai adalah lelaki istimewa dalam hidupnya ketika ini.

Hubungan rapat mereka mula ‘dihidu’ selepas dilihat sering memuat naik konten media sosial bersama.

Malah, lebih menguatkan spekulasi bahawa mereka kini sedang bahagia apabila Shila tersasul memangil panggilan ‘sayang’ yang tujukan kepada Ubai sewaktu sesi siaran langsung di TIkTok, baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Shila atau Nurshahila Amir Amzah,33, enggan terlalu terbuka mencanang kisah peribadinya kepada umum.

“Cukuplah untuk saya katakan pada semua bahawa saya kini sedang bahagia.

“Ahli keluarga termasuk adik-beradik juga okay dengan dia (Ubai). Anda semua jangan cakap hubungan kami ini tak direstui.

“Dulu mungkin hubungan saya ada sebabnya kenapa keluarga tidak suka.

“Tapi sekarang dah berbeza. Saya dah mampu buat keputusan sendiri. Saya harap orang luar tidak risau dengan hubunga kami ini,” katanya.

Jelas Shila, dia mula mengenali Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli,25, sejak 2011.

Namun, hubungan mereka semakin serius setahun lalu selepas penyanyi Patah Seribu itu sah bercerai.

Sementara itu, memetik Harian Metro, Ubai mendedahkan hubungan mereka bertambah akrab selepas Shila berdepan dugaan hidup.

“Sebagai kawan, saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui.

“Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok,” ulasnya.

Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This