POLIS kini mengesan seorang penunggang motosikal yang bertindak melarikan diri selepas melanggar seorang pejalan kaki wanita di hadapan Majlis Perbandaran Klang, pada pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa mengalami cedera ringan di kaki dan tangan kiri.
“Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, menerusi rakaman kamera litar tertutup memaparkan penunggang menaiki motosikal Yamaha Lagenda 115 berwarna merah hitam dan memakai jaket putih serta topi keledar hitam.
Baca ; Polis buru dua lelaki sengaja langgar, seret penghantar barang sejauh 40 meter hingga maut
Ketika mangsa melintas jalan secara tiba-tiba sebuah motosikal melanggarnya hingga terjatuh lalu terus melarikan diri.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Tuan Mohd Nazri Tuan Lah di talian 019-282257 atau Balai Trafik IPD Klang Selatan di talian 03-33722222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

