Lelaki maut ditikam di hadapan medan selera Pekan Lukut

Dari Penulis

Seorang lelaki ditemukan maut akibat ditikam dengan objek tajam di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, Port Dickson dekat Seremban semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Muhamad Mustafah Hussin berkata pihaknya ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan orang awam pada pukul 7.35 malam.

“Setibanya di lokasi, polis mendapati mangsa, 38 tahun, berlumuran darah terbaring di atas jalan di kawasan parkir dalam keadaaan tidak sedarkan diri sebelum pegawai kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada 7.55 malam.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.  Motif kejadian  masih disiasat dan polis kini giat mengesan suspek yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel : Pemuda tikam pesakit di Hospital Selayang diarah jalani pemeriksaan mental

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan di talian 06-6472222.

— BERNAMA

Thursday , 02 March 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Iriz dicari, lari selepas rempuh Kelisa hingga terbalik

POLIS sedang mengesan pemandu sebuah Proton Iriz yang dipercayai melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan sebuah Perodua...

More Articles Like This