KERTAS Putih Kesihatan adalah permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia untuk diteruskan sekiranya diterima, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata antara teras strategik kertas putih itu adalah memastikan kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan dengan mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk kesihatan iaitu tumpuan khusus diberikan kepada pembangunan skim insurans kesihatan nasional.
“Sekiranya mandat diperoleh melalui kelulusan Kertas Putih Kesihatan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil langkah seterusnya dengan menjalankan kerja-kerja asas yang diperlukan dalam pembangunan skim insurans kesihatan nasional seperti pengiraan kadar caruman yang bersesuaian, pembangunan pakej manfaat kesihatan dan penentuan mekanisme pembayaran pembekal perkhidmatan kesihatan.
“Justeru saya menyeru semua ahli Parlimen di dewan mulia ini untuk memahami dan menyokong Kertas Putih Kesihatan yang disasarkan untuk saya bentang di Parlimen bulan Jun ini,” katanya ketika menjawab soalan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang ingin tahu mengenai status pelaksanaan skim insurans kesihatan kebangsaan.
Baca artikel lain: ‘Apa dah jadi dengan UMNO?’ – Hishammuddin
Dr Zaliha berkata ketika ini KKM sedang meneruskan aktiviti libat urus dengan pihak berkepentingan untuk memastikan lebih ramai memahami serta memberi input dalam pembangunan Kertas Putih Kesihatan yang lebih mantap.
Menjawab soalan tambahan Zulkafperi mengenai status Kertas Putih Kesihatan itu, beliau berkata KKM sedang melakukan beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan akan melakukan sesi townhall kepada petugas kesihatan bagi memastikan mereka memahami kandungan kertas putih itu.
“Dasar yang kita gunakan untuk bangunkan kertas putih ini adalah satu dasar yang komprehensif yang kita akan cuba bangunkannya dalam masa 15 tahun,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

