Michelle Yeoh dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Oscar, rakyat Malaysia pertama menangi trofi anugerah berprestij

Dari Penulis

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 di Dolby Theatre, Los Angeles yang berlangsung sebentar tadi.

Trofi itu secara tak langsung menjadikan Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng pelakon wanita pertama dari Asia memenangi anugerah terbabit.

Michelle menerima anugerah itu menerusi lakonan cemerlangnya dalam filem Everything All At Once arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.

Saat menerima trofi tersebut, Michelle mendedikasikan kemenangannya itu buat ibu tercinta, Datin Janet Yeoh yang sentiasa memberi sokongan kepada kerjayanya.

“Impian menjadi kenyataan. Ini adalah bukti bahawa impian besar dan impian itu akhirnya menjadi kenyataan.

“Untuk semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menonton, ini adalah suara harapan.

“Dan, untuk wanita jangan biarkan sesiapa memberitahu anda bahawa kamu sudah melepasi masa kejayaan. Wanita jangan pernah putus asa,” katanya.

Michelle yang merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak itu berjaya mengetepikan saingan terdekatnya iaitu Cate Blanchett menerusi filem TÁR, Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).

Selain Pelakon Wanita Terbaik, filem Everything All At Once turut meraih kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang dipegang oleh Jamie Lee Curtis dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ke Huy Quan),

Michelle yang membawakan watak Evelyn Quan Wang yang ditayangkan pada Mac tahun lalu terlebih dahulu trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi di Anugerah Golden Globe dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Anugerah Screen Actors Guild (SAG) baru-baru ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This