Bekas tentera pukul ibu kerana dadah ditahan

Dari Penulis

Seorang bekas tentera berusia 32 tahun tergamak memijak muka dan memukul ibunya kerana tidak mendapat wang RM20 untuk membeli dadah dalam kejadian di sebuah rumah dekat Kampung Gual Jedok, Tanah Merah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata akibat daripada kejadian itu mangsa berusia 65 tahun itu mengalami kecederaan di dahi, mata, bengkak di bahagian kepala dan badan sebelum mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanah Merah.

“Pada 25 Mac, lebih kurang 5.08 petang, pihak kami telah terima satu laporan berkait kes mendatangkan kecederaan terhadap ibu kandung di Tanah Merah.

“Berdasarkan keterangan pengadu (abang suspek), telah menerima video daripada abang iparnya pada 2.30 petang mengenai adik kandungnya memukul ibu pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek berjaya ditangkap dan hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku memukul ibunya kerana tidak memberikan wang yang diminta. 

“Suspek yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT).

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine serta mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya.

— BERNAMA

Monday , 27 March 2023


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This