“Kalau ada peluang berlakon, memang saya nak. Saya betul-betul mengharap,” – Shuk Sahar akui rindu nak berlakon

Dari Penulis

PELAWAK, Shuk Sahar akui sudah mula rindukan industri seni selepas dua tahun meninggalkan karier tersebut.

Justeru, sepanjang tidak aktif dalam bidang lakonan, pengacaraan dan program lawak, Shuk kini menampung kehidupannya dengan berniaga.

“Buat masa ini saya berniaga untuk kelangsungan hidup. Tapi jujur saya memang rindu nak berlakon kerana sudah dua tahun saya tinggalkan dunia itu,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Tambah Shuk, dia berharap agar diberikan peluang kedua oleh mana-mana penerbit drama dan filem sebagai jalan untuk kembali aktif.

“Baru-baru ini ada sahaja tawaran, tetapi bertindih pula dengan acara di Singapura. Jadi, terpaksa saya tolak,” ulasnya.

Kisah pahit terdahulu menyebabkan Shuk menjadi bualan netizen akibat pergolakan rumah tangga bersama isterinya, Rossa Serra yang berpunca daripada pihak ketiga.

Rentetan daripada kontroversi itu juga, Shuk hilang sumber pendapatan utama dan terpaksa menjual banglo miliknya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Dalam perkembangan lain, Shuk memaklumkan di Instagram miliknya ada menerima tawaran sebagai pengacara untuk sebuah acara pada April ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalau suara tidak pulih, saya bersedia undur diri…” – Datuk Jamal Abdillah dedah realiti pahit disebalik vokal emasnya

INDUSTRI muzik tanah air mungkin bakal kehilangan permata paling berharga sekiranya Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, mengambil keputusan...

More Articles Like This