Sufian Suhaimi nafi Mengenggam Bahagia ‘hint’ untuk tamatkan zaman bujang

Dari Penulis

PENYANYI, Sufian Suhaimi menafikan bakal menamatkan zaman bujang kerana dia merasakan umur 31 tahun itu masih muda dan perjalanannya masih jauh.

Dalam pada itu, pelantun lagu Di Matamu itu turut menyangkal dakwaan single terbaharunya berjudul Mengenggam Bahagia yang dikhabarkan berkaitan dengan kisah peribadinya. Sebaliknya ia lebih dekat dengan kisah peribadi salah seorang komposer lagu tersebut.

“Saya rasa umur 31 tahun ni masih muda dan saya belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

“Ada juga saya dengar penyataan yang mengatakan tajuk lagu baru saya, Mengenggam Bahagia ada kaitan dengan hidup saya. Kononnya saya sedang genggam bahagia dan itu merupakan ‘hint’ untuk menamatkan zaman bujang.

“Lagu tu sebenarnya berkait rapat dengan pengorbanan salah seorang komposer yang mengharungi kehidupan yang agak sukar semasa pandemik covid-19 sehingga kekurangan wang untuk membeli beras.

“Sehinggakan ada satu paket Maggi yang memaksa mereka suami isteri berkongsi namun dalam masa yang sama dia mendapat ilham berkenaan lagu tersebut tentang tidak mahu melepaskan momen kebahagiaan itu.

“Alhamdulillah, komposer tersebut memberi kepercayaan kepada saya untuk menyanyikan lagu indah itu,” jelasnya kepada URTV.

Jual bantal zikir tapi teman wanita ‘free hair’?

Dalam perkembangan lain, ditanya juga tentang respon penyanyi lagu Mencuba mengenai netizen mengkritik perniagaan bantal zikir namun pada masa sama, teman wanitanya turut menjadi mangsa kecaman kerana tidak bertudung.

Berlapang dada dengan kritikan warganet, Sufian tidak menafikan perkara itu dan hanya berniat untuk berdakwah melalui jualan terbabit.

Justeru, pelantun lagu Terakhir itu menerima segala teguran daripada netizen untuk memperbaiki dirinya menjadi lebih baik pada masa akan datang.

“Sebenarnya, dalam konteks perniagaan saya, saya hanya mahu berkongsi tentang kebaikan zikir dan selawat. Itu merupakan salah satu perjuangan saya untuk berdakwah dan dalam masa yang sama mencuba sesuatu yang baru.

“Saya tahu ada netizen yang kaitkan perniagaan saya dengan penampilan teman wanita saya dan saya akui perkara itu memang ada betulnya.

“Saya dan teman wanita memang bersifat terbuka serta matang dalam menerima teguran atau pun nasihat daripada sesiapa pun. Yang mana betul saya ambil, yang tidak betul saya tolak,” katanya.

Bagaimanapun, Sufian reda dalam menghadapi ujian sebagai seorang selebriti yang sentiasa ada pasang surutnya dalam menerima baik buruk respon netizen juga.

“Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik supaya dapat mengenggam bahagia dengan baik. Itulah kehidupan sebagai selebriti, segalanya boleh menjadi asbab kebaikan untuk saya, saya okay saja,” ujarnya.

Sufian berkongsi mengenai perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul Mengenggam Bahagia yang diadakan di sekitar ibu kota pada Rabu lalu.

Selain itu, penyanyi kelahiran Mersing, Johor itu menghadiahkan lagu baharu untuk peminat kesayangannya kerana dia tahu mereka lebih meminati genre yang sering menjadi halwa telinga mereka iaitu power ballad.

Mengenggam Bahagia merupakan hasil ciptaan gabungan barisan komposer hebat dan terkenal iaitu Sirkhan, Ibnu Rinkarnaen dan Sang Hitam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This