Malaysia kecam perbuatan keji bakar al-Quran di Denmark

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji pembakaran kitab suci al-Quran pada 24 dan 31 Mac lalu yang dilakukan di Denmark.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, kejadian itu bukan kali pertama berlaku di Denmark.

Wisma Putra menegaskan, keengganan kerajaan Denmark menghentikan perbuatan melampau itu tidak boleh diterima sama sekali.

Menurut Kementerian Luar, ini kerana umat Islam seluruh dunia telah menolak berkali-kali dan mengutuk sekerasnya perbuatan keji tersebut.

“Perbuatan Islamofobik yang dilakukan pada bulan suci Ramadan ini ketika umat Islam dituntut bersabar dan menahan diri tidak lain daripada bertujuan untuk menyebarkan kebencian dan hasutan keganasan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Peruntukan edar naskhah terjemahan al-Quran wajar – PM

Malaysia kutuk serangan terbaharu ke atas al-Quran di Denmark

Mengulas lanjut, Wisma Putra turut menyeru kerajaan Denmark supaya mengambil tindakan tegas ke atas pelaku tersebut.

Pada masa sama, katanya, kerajaan Denmark juga tidak mengistilahkan perbuatan keji itu sebagai kebebasan bersuara.

“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengerah usaha dalam memastikan kitab-kitab suci agama dihormati sepenuhnya dan dilindungi.

“Di samping mengambil tindakan penting dalam memerangi Islamofobia serta menggalakkan hubungan harmoni dan semangat hidup bersama secara aman dalam kalangan individu berbilang agama selaras asas-asas hak asasi manusia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This