Malaysia kutuk serangan terbaharu ke atas al-Quran di Denmark

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA mengutuk keras serangan tidak bermoral terhadap al-Quran di Denmark dalam kejadian terbaharu, semalam.

Kementerian Luar menegaskan, serangan yang dilakukan pada bulan Ramadan itu jelas membelakangkan sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.

“Kami menggesa kerajaan Denmark supaya tidak mengklasifikasikan jenayah kejam ini sebagai kebebasan bersuara, sebaliknya mengambil tindakan segera terhadap pelaku yang menyebarkan kebencian dan hasutan untuk keganasan,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

Baca artikel lain: Subsidi bersasar, harga barangan tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Media antarabangsa kebelakangan ini melaporkan banyak perbuatan membakar al-Quran atau percubaan untuk melakukannya oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia di utara Eropah dan negara-negara Nordik.

Sejak itu perbuatan mencemarkan al-Quran telah mencetuskan kecaman di seluruh dunia dan menggesa supaya kebenaran untuk melakukan protes ke atas Islamofobia perlu dihentikan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This