“KITA nak minta sesuatu pada orang pun mesti ada caranya.”
Demikian kata Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid ‘mengingatkan’ Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dilihat sering bergeser dengan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata Muhamamd Sanusi perlu menggunakan pendekatan terbaik dalam memohon kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, ‘pergeseran’ itu tidak sewajarnya berlaku walaupun kedua-dua kerajaan berada dalam aliran parti berbeza.
Menurut Mahdzir, masih ada kekurangan yang perlu ditambah baik Kerajaan Negeri Kedah dan perkara tersebut perlu diberikan tumpuan oleh kepimpinan Muhammad Sanusi.
“Kita bercakap sebagai orang Kedah ini, dia ada (unsur) lawak jugaklah, jadi tak loklaq (berkelakuan tidak senonoh) sangat, itulah jadi, ada had, ada cara dia.
“Tambah-tambah kita mahu minta pada yang bukan dalam sealiran (politik) dengan kita. Sepatutnya kita carilah jalan untuk kita buat yang terbaik, jadi kalau yang baik ialah kerajaan negeri sama dengan kerajaan Persekutuan, itulah yang terbaik,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian Online.
Baca artikel berkaitan: Sebut harga pun belum keluar, Mat Sabu pelik dakwaan Sanusi
Beliau berkata demikian mengulas ‘pengeseran’ Muhammad Sanusi dengan Kerajaan Persekutuan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga beberapa menteri.
Dalam pada itu, Mahdzir berkata, mesyuarat pertama UMNO Kedah mencapai kata sepakat melantik beberapa jawatan penting untuk diisi selain menubuhkan tiga jawatankuasa utama di peringkat negeri untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
“Kita telah menubuhkan jawatankuasa perundingan kerusi, jawatankuasa komunikasi dan media serta jawatankuasa manifesto sebelum mengadakan pertemuan rasmi bersama Pakatan Harapan (PH) Kedah untuk membolehkan kita bergerak dalam pilihan raya.
“Setakat ini, kita tak sampai ke tahap calon lagi, kita berunding dahulu bagi memastikan tiada perebutan kerusi (dengan PH), selepas itu melihat aspek komunikasi dan media serta manifesto apa yang mahu ditawarkan kepada rakyat sebagai tawaran baharu,” ujar Mahdzir yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap.
Beliau turut mengumumkan Datuk Ariffin Man dan Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin masing-masing kekal sebagai Setiausaha dan Ketua Penerangan UMNO Kedah, manakala Datuk Shahanim Mohd Yusof pula dilantik sebagai Bendahari UMNO Kedah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

