Main kutu tawarkan dividen boleh dikenakan cukai – LHDN

Dari Penulis

MAIN kutu boleh dikenakan cukai pendapatan sekiranya ia dianjur dengan tujuan bagi mendapatkan keuntungan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, ia di antara perkara mungkin diteliti dalam program pengakuan secara sukarela yang akan dilaksanakan mulai Jun ini.

Jelasnya, walaupun main kutu tidak dianggap sebagai pendapatan bagaimanapun kini sudah ada kaedah moden dalam permainannya termasuk yang menawarkan dividen.

“Main kutu tradisional tidaklah dianggap sebagai pendapatan, kerana jika (ahli kumpulan) berkongsi giliran (untuk mendapatkan wang yang disimpan) ia tidak tertakluk kepada cukai.

“Tetapi sekarang ada pula permainan kutu yang secara umumnya satu pendapatan dan jika ada unsur keuntungan, ia memang tertakluk kepada cukai,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Trump didakwa atas 34 pertuduhan palsukan rekod perniagaan

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media Sarawak, malam tadi.

Mohd Nizom berkata, program pengakuan sukarela memberi peluang kepada pembayar cukai atau yang belum pernah membayar cukai yang tahu mereka ada pendapatan untuk membuat semakan.

Menurutnya, ia mungkin disebabkan mereka terlepas melaporkan, terkurang bayar atau ada kesilapan pembayaran untuk tahun-tahun kebelakangan.

“Tahun-tahun di mana mereka melaporkan secara sukarela itu tidak akan diaudit. Kadang-kadang pembayar cukai sedia ada pun mungkin ada yang tertinggal melaporkan (pendapatan) atau kurang melaporkan, bolehlah datang dan LHDN tidak akan membuka semula (fail cukai) bagi tahun-tahun yang dilaporkan secara sukarela.

“Jadi mulai sekarang, orang ramai bolehlah periksa pendapatan masing-masing yang mungkin tertinggal untuk dilaporkan dan datanglah secara sukarela di mana-mana pejabat cawangan LHDN tanpa dikenakan penalti atau pada kadar kosong peratus,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This