Antara pulau paling berbahaya di dunia, manusia dilarang jejakkan kaki ke sini

Dari Penulis

JIKA ditanya di manakah pulau yang paling berbahaya di Bumi ini, Ilha da Queimada Grande adalah salah satu daripadanya. Terletak kira-kira 40 kilometer dari pantai Brazil, pulau ini juga dikenali sebagai Pulau Ular atau Snake Island.

Pulau ini dipenuhi ular berbisa. Disebabkan terlalu bahaya, kerajaan Brazil telah menyekat sesiapa sahaja daripada menghampiri pulau tersebut. Hanya golongan tertentu seperti pengkaji sahaja yang dibenarkan memasuki pulau ini dengan kebenaran.

Di setiap ceruk bahagian pulau ini pasti ada ular. Salah satunya ialah ular Golden Lancehead, spesies yang paling berbisa sehingga sesiapa yang dipatuk ular ini tidak mempunyai peluang untuk hidup. Ia hanya boleh ditemui di pulau ini sahaja.

Ular ini dikategorikan sebagai antara haiwan paling berbahaya. Racun akibat patukannya lima kali ganda lebih kuat berbanding ular biasa. Mangsa yang dipatuk akan mengalami pendarahan dalaman dan kegagalan fungsi buah pinggang yang akhirnya membawa kepada kematian.

Ular ‘golden lancehead’, ular paling berbisa yang hanya boleh ditemui di pulau ini.

Pun begitu, walaupun berbahaya, bisa ular ini dikatakan  berpotensi membantu dalam memerangi masalah jantung. Disebabkan itu, bisanya mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap. Ini menyebabkan ada individu yang sanggup mengambil risiko menggadaikan nyawa sendiri datang secara haram ke pulau ini untuk mendapatkan bisa ular tersebut.

Ular Berevolusi

Pulau ini pada zaman dahulu asalnya merupakan sebahagian besar daripada tanah besar Brazil. Namun, ia terpisah daripada daratan lebih kurang 10,000 tahun yang lalu kerana peningkatan paras air laut.

Apabila menjadi pulau, hidupan di sini terutamanya ular mula berevolusi dengan persekitaran mereka demi survival dan menjadikan burung sebagai sumber makanan. Evolusi itu menjadikan ular-ular di sini amat bahaya dan berbisa kerana mampu membunuh mangsanya dalam waktu yang singkat.

Menurut legenda tempatan pula, ular-ular di pulau ini dilepaskan oleh lanun dengan tujuan untuk melindungi harta karun mereka di sini.

Pulau Ular di Brazil.

Terdapat sebuah rumah api lama di pulau ini yang sudah tidak berpenghuni. Sekitar tahun 1920-an, ada satu keluarga yang tinggal di situ yang merupakan penjaga rumah api tersebut. Namun, kesemuanya mati akibat dipatuk ular yang menyelinap masuk melalui tingkap. Sejak itu, rumah api tersebut ditinggalkan tanpa penghuni.

Pernah juga dahulu penduduk tempatan menemui seorang nelayan yang mati di dalam perahunya kerana dipatuk ular berhampiran pulau tersebut. Dikatakan nelayan itu berlabuh di Pulau Ular untuk mencari pisang, namun  hajatnya tidak kesampaian apabila maut di tangan ‘penghuni’ di situ.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kini pulau tersebut di kawal selia oleh pihak tentera laut yang melakukan tinjauan secara berkala untuk memastikan tiada sesiapa datang atau menghampiri pulau ini.

Kedudukan Pulau Ular yang tidak jauh dari dataran Brazil.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Misteri Kuil Ular: Demi pelaris… Pelacur, isteri curang sanggup amal khurafat

“Bawa dua ekor ayam hitam yang berbulu hitam sepenuhnya.” Itulah antara dakwaan penduduk setempat yang sering dikaitkan dengan sebuah kuil...

More Articles Like This