10 makanan bantu kurangkan kolestrol dalam badan, elak risiko serangan jantung

Dari Penulis

Pelbagai juadah makanan terhidang untuk anda nikmati setelah tempoh sebulan mengawal selera sepanjang hari. Ingat! Anda harus meneruskan tabiat mengawal amalan pemakanan terutama makanan yang boleh membantu anda mengurangkan kolesterol agar kesihatan anda sentiasa dalam tahap memuaskan.

Berikut adalah senarai makanan yang mampu membantu menurunkan tahap kolesterol dalam badan.

Kacang soya – Antara minuman yang paling digemari sewaktu bulan puasa, sama ada sejuk atau panas. Kacang soya mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin adn zat galian. Ia mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis. Kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak, sambil menyusutkan kadar Lemak Jahat (LDL) dan meningkatkan kadar Lemak Baik (HDL).

Kuaci – Kaya dengan kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh meningkatkan kadar LDL dan mengehadkan tahap HDL. Amal makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil mengurangkan kolesterol.

Buah kering – Buah kurma yang disyorkan untuk berbuka puasa adalah satu amalan baik kerana kaya dengan serat dan kandungan flavanoid. Ia mampu menyahkan lebihan lemak LDL sehingga dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga terdapat dalam teh, brokoli, tomato, bawang dan buah delima.

Epal – Makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dipercayai mencukupi untuk membekalkan khasiat sambil mengurangkan tahap kolesterol dalam badan. Kanak-kanak yang makan makanan segera dan kemudian makan epal atau meminum jus epal sebenarnya mengimbangi kandungan zat sambil mencegah pembentukan lemak dalam badan.

Ikan tuna – Dipercayai sumber asid lemak omega-3 yang terkenal, selain ikan salmon dan sardin. Omega-3 mampu melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL.

Kacang tanah – Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Vitamin E dikatakan membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan kolesterol HDL dan dapat mengelak tubuh daripada serangan jantung.

Buah mangga – Buah ini kaya dengan vitamin C. Sumber lain ialah buah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolesterol LDL dalam badan.

Kismis – Dipercayai mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol. Pengamalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus.

Jambu batu – Ia dikatakan boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus. Anda disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah mencukupi iaitu 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu. Jumlah ini dapat dimanfaatkan khasiat kesihatannya pada tubuh. Jambu batu diselaraskan dengan diet seimbang sesuai untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan.

Bijirin oat – Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan bijirin oat setiap pagi boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan amalan diet rendah lemak dan kolesterol anda.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This