Hidap kanser limfoma tahap empat, Ibnor Riza perlu jaga pemakanan, tiada juadah rendang raya tahun ini

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SETIAP kali kedatangan Aidilfitri, penyanyi Ibnor Riza,62, tidak melepaskan peluang untuk menikmati menu masakan rendang yang akan dimakan bersama lemang.

Bagaimanapun, tahun ini, penyanyi yang popular dengan Mimpi Yang Tak Sudah itu perlu berpantang daripada makan makanan yang berasaskan ayam, daging dan makanan laut disebabkan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dhidapinya.

“Setiap kali raya, saya memang akan teringat rendang. Tak kiralah rendang ayam ke daging yang dimasak denga cara orang Negeri Sembilan. Itulah makanan kegemaran saya pada pagi Aidilfitri termasuklah lemang.

“Tapi sejak disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat, saya tak boleh makan daging, ayam, sotong, kerang dan banyak lagi yang saya kena pantang makan.

“Makanan yang boleh saya makan hanya sayur-sayuran dan nasi,” katanya kepada URTV.

Ibnor berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Perdana bersama anak-anak yatim, asnaf dan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras, Selangor, baru-baru ini.

Berat badan Ibnor juga mengalami penurunan mendadak dalam tempoh dua bulan selepas disahkan menghidap kanser.

“Kesan kimpoterapi yang saya jalani telah memberi kesan kepada berat badan. Kalau dulu berat badan saya 126 kilogram (kg) dan sekarang turun ke 92kg. Dalam masa dua bulan, berat badan saya menurun sebanyak 34kg.

“Saya baharu sahaja selesai menjalani rawatan kimoterapi yang ketiga semalam di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

“Ada berbaki lima lagi kimoterapi yang perlu saya selesaikan sehingga bulan Jun ini. Setiap pesakit kanser ada pelbagai tahap kimoterapi.

“Sesi kimoterapi yang saya jalani ini dimasukkan dari tulang belakang dan tangan. Jadi, keadaan saya ketika itu memang sangat lemah sebab imunisasi turun ke tahap paling rendah berbanding orang yang kena kanser tahap biasa.

“Kalau di rumah, saya tak banyak buat aktiviti. Saya hanya banyakkan berehat sahaja,” kongsinya.

Dalam pada itu, Ibnor meluahkan rasa syukur kerana ramai yang menghulurkan bantuan sejak berita dirinya diuji dengan penyakit kanser dikongsikan.

“Saya nak ucapkan syukur kepada Allah kerana masih diingati sehingga ke hari ini. Syukur sangat kerana dikelilingi orang yang baik-baik. Inilah yang menguatkan lagi semangat saya untuk cepat sihat.

“Ada beberapa persatuan seni yang datang ke rumah menghulurkan sumbang wang ringgit. Selain itu, rakan-rakan saya yang jauh ada juga telefon bertanyakan keadaan kesihatan. Walaupun mereka tak datang ke rumah, tapi dengan hanya bertanya khabar pun saya dah rasa gembira,” akhirinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This