Kudung bukan alasan, runner Temerloh ini gigih cari rezeki walau hanya dengan sebelah tangan

Dari Penulis

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kecacatan bukan alasan untuk patah semangat. Bagi Muhammad Hafiz bin Abdullah,35, memegang status orang kurang upaya (OKU) bukan alasan untuk dia bermalasan. Sebaliknya, kekurangan ini menjadikan dia lebih gigih mencari rezeki dalam mengharungi kehidupan.

Fizikal Hafiz tidak sempurna seperti orang lain. Dia kehilangan tangan kirinya akibat kemalangan yang berlaku pada tahun 2008. Walaupun begitu, lelaki yang menetap di Felda Jengka 20 di Pahang ini tetap cekal menjalani kehidupan.

Hafiz kini bekerja sebagai ‘runner’. Menggunakan motorsikal, dia menghantar pelbagai barangan yang dipesan pelanggan di sekitar daerah kediamannya. Kerja ini telah dilakukannya sejak tahun 2015.

“Saya mula mendapat ilham mahu menawarkan khidmat sebagai runner selepas melihat seorang rakan saya melakukannnya dalam laman sosial Facebook. Saya pun cuba dan lakukan di daerah Temerloh. Sejak itu, saya serasi lakukan kerja ini. Saya tak boleh duduk begitu saja hanya kerana kekurangan diri.

“Lagipun, saya anak lelaki sulung dalam keluarga. Kalau bukan saya, siapa lagi yang akan keluar mencari rezeki untuk keluarga. Niat saya setiap kali keluar waktu pagi hendak cari rezeki untuk bantu ibu selain untuk kelangsungan diri sendiri,” ujarnya yang masih belum berkahwin.

Kekurangan diri bukan halangan untuk Hafiz mencari rezeki.

Menurut Hafiz, pada peringkat awal menjadi runner, cabaran paling sukar dihadapinya ialah untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat kerana ada yang tidak percaya dia mampu memikul tugas seperti orang lain kerana kekurangan fizikalnya itu.

Bahkan pada peringkat awal Hafiz memulakan kerja tersebut, dia agak sukar untuk mengekalkan keseimbangan semasa membawa motorsikal dengan hanya sebelah tangan. Lama kelamaan, barulah dia biasa untuk melakukannya.

“Sejak mula buat kerja ini dari tahun 2015, saya sudah terlibat dengan kemalangan kecil hampir sepuluh kali. Alhamdulillah, semua baik-baik saja. Itu juga sebahagian pengalaman yang mengajar saya untuk lebih cekal dan berhati-hati,” ujar anak kedua daripada empat beradik ini.

Hafiz juga menjadikan arwah ayahnya sebagai kunci kekuatannya. Arwah ayahnya juga merupakan orang kurang upaya yang mengalami kecacatan pada kedua belah mata, namun mampu berusaha untuk mencari rezeki menyara keluarga.

“Bagi saya, arwah ayah adalah sumber inspirasi. Jika ayah yang matanya tidak nampak pun boleh berusaha untuk menanggung keluarga, takkan saya yang hanya kehilangan sebelah tangan tak mampu melakukannya,” ujarnya yang menerima ketentuan Tuhan dengan hati terbuka.

Hafiz kini sudah mendapat kepercayaan pelanggan di sektar Temerloh untuk menggunakan khidmatnya.
Tik Tok salah satu media sosial yang digunakan Hafiz untuk mengiklankan khidmatnya.

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Bunian tak semua cantik’… Miman gambarkan makhluk misteri dalam karyanya

Lukisan bunian yang dihasilkan oleh pelukis muda berbakat, Miman, baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial.  Berbeza dengan gambaran...

More Articles Like This