MANUSIA hanya sedar tentang kewujudan graviti sekitar kurun ke-17. Orang pertama yang menjadi perintis kepada teori graviti ialah Sir Isaac Newton. Selepas hukum graviti Newton diperkenalkan, ia menjadi satu topik serius yang diperbincangkan di kalangan ahli sains serata dunia.
Pada peringkat awal, ada di kalangan ilmuwan yang tidak dapat menerima konsep ini, malah menganggap ia sengaja direka cipta. Ini disebabkan Newton hanya menyatakan tentang hukum graviti dan cara pengiraannya, tetapi tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaannya itu.
Bagaimanapun, kesimpulan yang dibuat oleh Newton dengan menyatakan gravitilah yang memastikan bulan dan planet berada pada orbit masing-masing, sedikit sebanyak telah menarik minat pengkaji untuk membuktikan perkara tersebut.

Dari semasa ke semasa, hukum graviti Newton terus menjadi topik hangat di dalam dunia sains. Ada juga saintis yang cuba mengeluarkan hukum baru mengenai graviti, namun ia tidak dapat menandingi hukum graviti Newton yang masih diguna pakai sehingga sekarang.
Pada awal abad ke-20, saintis terkemuka dunia, Albert Einstein telah mengemukakan satu teori baru mengenai graviti iaitu teori relatif am. Teori tersebut dikatakan dapat menyaingi hukum graviti Newton, dan ia diiktiraf sebagai hukum graviti yang paling berjaya setakat ini.
Bagaimanapun, Einstein masih belum dapat mengemukakan bukti kukuh tentang adanya graviti. Sehinggalah pada 14 Jun 1949, kewujudan graviti berjaya dibuktikan melalui rakaman video semasa misi pertama makhluk bumi ke angkasa yang melibatkan seekor monyet bernama Albert II.

Di sebalik pelbagai teori yang diutarakan oleh manusia, Al-Quran juga turut menyentuh tentang perkara ini. Kitab suci agama Islam yang diwahyukan pada abad ke-7 telah memberi kiasan mengenai keadaan zero graviti di ruang angkasa lepas.
Dua potong ayat dari surah Al-Hijr (ayat: 14 & 15) sudah cukup untuk menggambarkan bahawa daya tarikan graviti hanya wujud di planet, tetapi tidak pada ruang angkasa.
Firman Allah yang bermaksud, “Dan sekiranya Kami bukakan kepada mereka satu daripada pintu-pintu langit, lantas mereka terus naik ke atasnya, tentulah mereka akan berkata: Sesungguhnya hanya pandangan kami telah dimabukkan...” (Al-Hijr, ayat 14 & 15).
Perkataan ‘mabuk’ yang disebut dalam ayat tersebut diterjemahkan kepada keadaan pandangan sekeliling yang tunggang langgang apabila naik ke angkasa.
Kenapa pandangan seseorang akan menjadi tunggang langgang apabila melepasi atmosfera bumi? Ini kerana apabila berada di ruang angkasa, daya tarikan graviti menjadi kosong. Atau dengan kata lain, tiada lagi hukum graviti. Apabila tiada daya tarikan graviti, sistem pengimbang badan manusia tidak lagi berfungsi.
Sistem pengimbang badan manusia terletak di bahagian telinga. Di dalam telinga manusia, terdapat salur separuh bulat yang menampung sejenis cecair untuk mengimbangkan badan. Apabila cecair ini tidak lagi berfungsi kerana tiada tarikan graviti, maka seseorang itu tidak lagi mampu untuk menentukan kedudukan dengan tepat. Dengan kata lain, keadaan atas bawahnya menjadi tunggang terbalik. Perkara inilah yang menyebabkan seseorang itu menjadi mabuk pandangan ketika berada di ruang angkasa.

Seseorang astronaut yang naik ke International Space Station (ISS), untuk beberapa jam yang pertama mereka akan mengalami mabuk pandangan. Malah, angkasawan pertama dunia, Yuri Gagarin yang menyertai kapal angkasa Vostok juga mengalami pandangan yang bermasalah selepas berada pada jarak 130 kilometer dari bumi.
Itulah antara mukjizat dan kehebatan Al-Quran yang dapat dibuktikan melalui sains. Ia adalah mukjizat yang relevan sepanjang zaman. Harus diingat, Al-Quran adalah kalam Allah, dan Dialah yang mengetahui segala-galanya, dan Dia juga berhak ke atas apa yang ada di alam semesta ini.
__________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

