PARTI Amanah Negara (Amanah) memohon maaf kepada UMNO di atas kenyataan yang dikeluarkan seorang pemimpinnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berharap, isu terbabit dapat diselesaikan dan beliau sendiri sudah berjumpa dengan Presiden UMNO serta timbalannya.
“Sempena Aidilfitri ini, saya bagi pihak Amanah memohon maaf atas kenyataan yang baru-baru ini dikeluarkan Pengarah Komunikasi (Khalid Samad), sekiranya kenyataan itu menyinggung atau melukakan UMNO, maka kami minta maaf.
“Sebarang keterlanjuran itu, biasalah bagi orang politik, kadang-kadang kita terlanjur dan tidak ada malu untuk kita memohon maaf sekiranya ia melukakan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Puad Zarkashi dakwa Amanah ‘kawan makan kawan’
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria, hari ini.
Sebelum ini, Khalid berpandangan, pengampunan Najib akan menghantar mesej tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga seluruh dunia berhubung sikap serta pendirian terhadap rasuah dan salah guna kuasa.
Susulan daripada itu, UMNO Kelantan mempertimbang memutuskan kerjasama dengan Amanah negeri jika Khalid tidak menarik balik kenyataannya berhubung bantahan terhadap permohonan pengampunan Najib.
Khalid kemudian menegaskan, tiada keperluan untuk Amanah menarik balik mahupun mengemukakan permohonan maaf berhubung kenyataannya yang menggesa Yang di-Pertuan Agong tidak memberikan pengampunan kepada Najib.
Hari ini, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, kenyataan Khalid adalah pandangan individu dan tidak mewakili organisasi serta parti.
Katanya, setiap individu mempunyai kebebasan untuk memberikan pandangan sebagaimana hak yang diberikan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

