Sebelum mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan, sangat penting untuk kita mengenali perangai luaran serta dalaman pasangan tersebut. Walau bagaimanapun, perangai sebenar pasangan tidak dapat diketahui sepenuhnya sehingga sudah tinggal sebumbung.
Baru-baru ini, seorang wanita baru mengetahui sisi gelap suaminya setelah hampir setahun hidup bersama.
Melalui satu perkongsian di laman Twitter, ConfessTweetMY, wanita itu menyatakan rasa jijik terhadap kisah silam si suami yang pernah melakukan perkara buruk dibelakangnya sebelum ini.
“Sejujurnya saya tidak tahu nak kata apa. Saya dah berkahwin, dikurniakan seorang anak. Suami memang seorang yang baik. Jaga solat, jadi imam untuk keluarga besar saya, tak pernah tinggikan suara dan rajin urus rumah.
“Kalau orang lain tengok, memang orang akan cakap baiknya suami saya. Tapi baru-baru ni saya terjumpa chat suami dengan perempuan ini masa sebelum kahwin.
“Mereka berborak lucah dan hantar gambar yang tidak senonoh. Ya Allah hancur saya, menggeletar baca semua chat tu,” kongsinya.
Wanita itu sedaya upaya menerima semua yang berlaku namun hatinya hancur berkecai.



Melihatkan ruangan komen, rata-rata memberi komen positif dan menasihati wanita itu untuk bersabar dan memberi suaminya peluang kedua.
“Benda dah lepas. Mungkin masing-masing dah bertaubat. Tapi kena luahkan dekat suami yg awak dh terbaca chat tu. Minta dia delete kalau betul-betul nak berubah. Bagi peluang dulu. Kalau kantoi buat lagi, mungkin anda kena keluar dr perkahwinan tu. Sebab hati dan perasaan anda sahaja yang tahu.

“Take your time to move on from masa silam dia. Aku pon dah meroyan terok sbb susah nak move on dgn masa silam bf aku. Bagi peluang and masa untuk diri sendiri move on. Benda ni tak mudah sebenarnya tapi berusaha sahaja.
“Past is past, sekarang kalau dia seorang suami mithali, dah terbaik laa tuu,tak payah nak ungkit kisah lama. ingat manusia ini bukan sempurna. Slow talk dan settle-kan saja. Zaman skrg bukan senang nak dapat suami mithali,” komen netizen.



Dalam Al-Qur’an, Allah berfirman yang bermaksud: Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Az-Zumar: 53)

