Polis tahan lelaki curi beg, samun

Dari Penulis

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan kes kecurian beg seorang jemaah lelaki di Masjid Muhammadi, Kota Bharu pada 26 April lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata suspek berusia 39 tahun ditahan kira-kira 3 petang semalam, selepas terbabit dengan satu lagi kes samun.

“Kira-kira 11.40 pagi semalam, suspek dipercayai menyamun seorang pesara kastam yang sedang memancing di saliran Sungai Budor. Suspek bertindak melarikan barangan milik mangsa dan melarikan diri bersama kereta Proton Saga milik mangsa. 

Kira-kira 3 petang, sepasukan polis telah berjaya menangkap suspek yang bersembunyi di kawasan semak di Jalan Kampung Sungai Keladi, yang jaraknya lebih kurang satu kilometer dari tempat kejadian. Kereta dan barangan milik mangsa turut dijumpai bersama suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Rosdi berkata hasil saringan air kencing mendapati suspek seorang penganggur positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan turut mendapati suspek merupakan individu yang dikehendaki kerana terlibat mencuri beg seorang jemaah lelaki di Masjid Muhammadi.

Suspek telah direman tujuh hari bermula hari ini hingga 16 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

— BERNAMA

Wednesday, 10 May 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HAWANA 2026: ‘Jangan sampai buang pekerja’, Fahmi tegaskan bantu syarikat media

HARI Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bersiaran langsung di lapangan Butterworth, Pulau Pinang, minggu lalu dihadiri pengamal media pelbagai cabang...

More Articles Like This