Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai bulan depan.

Pengumuman dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Penyerahan Cek Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri di Bintulu, hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan, penurunan harga diesel bersubsidi itu akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara.

Menurut MoF, ia menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Kementerian itu berkata, pembaharuan penyasaran subsidi diesel itu menyaksikan harga runcit diesel di Sabah dan Sarawak akan diselaraskan kepada harga runcit di Semenanjung, sekali gus membuatkan bukan warganegara tidak lagi menikmati subsidi.

“Melalui pembaharuan ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama di seluruh negara.

“Subsidi diesel akan disalurkan terus kepada rakyat Malaysia melalui pengesahan MyKad manakala bukan warganegara dan pihak yang tidak layak perlu membeli diesel pada harga tanpa subsidi.

“Pada masa sama, rakyat di Sabah dan Sarawak dengan kenderaan diesel akan menikmati pengurangan harga runcit daripada RM2.15 seliter kepada RM2.10 seliter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MoF menjelaskan, langkah tersebut penting bagi memastikan subsidi kerajaan hanya sampai kepada rakyat Malaysia dalam keadaan krisis Asia Barat yang terus memberi tekanan kepada bekalan minyak global.

Selain itu, katanya, ia juga mengurangkan ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi.

“Perbezaan ketara antara harga diesel bersubsidi dan harga tanpa subsidi telah mewujudkan ruang kepada ketirisan serta penyeludupan diesel bersubsidi termasuk ke luar negara.

“Ketika ini, diesel masih dijual pada harga runcit bersubsidi RM2.15 seliter di semua stesen minyak Sabah dan Sarawak berbanding harga runcit diesel tanpa subsidi RM4.37 seliter di Semenanjung,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel ini akan diumumkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, esok.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This