Cuaca panas: SATU beri jaminan bekalan air Terengganu tidak terjejas

Dari Penulis

SYARIKAT Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) memberi jaminan bahawa bekalan air di negeri itu tidak akan terjejas meskipun berhadapan dengan fenomena cuaca panas ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts Abdul Karim Endut berkata SATU mempunyai keupayaan pengeluaran sebanyak 1,041 juta liter air sehari untuk dimanfaatkan 364,000 akaun pengguna, menerusi 15 loji rawatan air di seluruh negeri itu.

“Sekarang ini, walaupun pengeluaran (air) adalah 811 juta liter sehari iaitu meningkat daripada 720 juta liter sehari pada tahun lepas, kami masih mempunyai 200 juta liter simpanan air.

“Terengganu bertuah kerana dianugerahkan dengan sungai yang besar…dan jika ada kemungkinan ia kering, kami juga turut mendapat bekalan air tambahan dari Empangan Kenyir bagi beberapa daerah misalnya di Kuala Terengganu ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Membran dan Intake P. Musang.

Baca artikel berkaitan: KPDN pantau harga ikan susulan cuaca panas

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kesemua pengguna supaya terus berjimat cermat serta berhemah dalam penggunaan air seharian bagi mengelakkan sebarang risiko.

Menurut Abdul Karim Terengganu merupakan antara negeri yang mencatatkan penggunaan air per individu tertinggi di negara ini, iaitu sebanyak 260 liter sehari, melebihi purata nasional iaitu 240 liter dan ia mungkin disebabkan oleh tarif air yang rendah.

“Katakanlah Terengganu berdepan dengan kemarau teruk tidak seperti sebelum ini, pastinya akan ada gangguan aliran sungai air mentah dan ada tempat-tempat atau loji-loji yang kami perlu kurangkan pengeluaran supaya operasi harian masih boleh berjalan.

“Jadi, kalau pengguna masih terus menggunakan 260 liter air sehari, akan ada sebahagian daripada mereka tidak mendapat bekalan air sebab bekalan dari loji telah dikurangkan pengeluarannya,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This