Harimau kumbang mati dilanggar kenderaan di Jelebu

Dari Penulis

SEEKOR harimau kumbang jantan dewasa seberat 40 kilogram mati akibat dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga, Jelebu petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, pemandu MPV jenis Honda Odyssey itu yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Klawang. 

“Setibanya di tempat kejadian iaitu ketika melalui selekoh kanan menuruni bukit di lokasi tersebut, harimau kumbang berkenaan secara tiba-tiba melintas dari arah kanan jalan menyebabkan lelaki itu tidak sempat mengelak dan melanggar binatang itu.

“Akibat pelanggaran, harimau kumbang itu sempat bergerak ke longkang berhampiran kira-kira empat meter namun mati di lokasi tersebut. Lelaki berkenaan dan keluarganya pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bangkai harimau kumbang itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya.

Video kejadian itu turut tular di laman sosial.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This