Pesara maut motosikal ditunggang hilang kawalan sebelum dilanggar lori

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG pesara maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 6, Jalan Banting-Dengkil, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kemalangan melibatkan mangsa dalam lingkungan umur 60-an itu berlaku kira-kira 5.30 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal terbabit dalam perjalanan dari arah Olak Lempit menuju ke Pekan Banting sebelum dipercayai hilang kawalan di lokasi kejadian.

“Penunggang motosikal dipercayai terbabas dari lorong kanan ke lorong tengah sebelum dilanggar lori.

“Mangsa terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan, dengan kedua-dua individu terbabit didapati memiliki lesen memandu yang sah.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mazrol Din di talian 011-18539115 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan digesa tangguh TURAP, bimbang monopoli baharu pengambilan pekerja asing

TUJUH Ahli Parlimen kerajaan menggesa pelaksanaan Universal Recruitment Advanced Platform (TURAP) ditangguhkan. Penangguhan itu sehinggalah kerajaan memberi penjelasan menyeluruh kepada...

More Articles Like This