SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas aksinya bersama rakan memandu kereta tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, kanak-kanak terbabit telah ditahan orang awam di Jalan Rozhan, Machang Bubok, Seberang Perai Tengah, pukul 3 petang semalam.
Ekoran video tular itu, pihaknya telah menahan kanak-kanak terbabit di hadapan Flat Taman Machang Bubok bersama ibunya berusia 40-an.
“Turut dirampas sebuah kereta yang disyaki digunakan ketika kejadian.
“Polis kini masih mengesan rakan-rakan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, polis telah mengeluarkan saman ke atas pemandu kereta di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu.
Selain itu, saman turut dikeluarkan di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan di bawah umur.
Pemilik kereta iaitu ibu pemandu turut disaman di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu memandu di bawah umur.
Cheng San berkata, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak cuai dan lalai dengan membenarkan anak-anak di bawah umur memandu kenderaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

