“Orang Melayu banyak jutawan senyap,” – MiiM tawar urus harta pusaka dengan i-Sayang, elak harta umat Islam beku

Dari Penulis

Syarikat pengurusan pusaka, Mawarith Integrated Sdn Bhd (MiiM) menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam agar menguruskan harta pusaka dengan bijak bagi mengelakkan pembekuan harta selepas meninggal dunia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MiiM, Ramlee Said, sehingga tahun 2018, hampir RM105 billion harta tidak dituntut dan RM90 bilion daripadanya merupakan harta milik umat Islam yang dibekukan kerana tiada tuntutan dilakukan.

Jelasnya banyak jutawan senyap dikalangan orang Melayu dan jumlah harta yang dimiliki hanya diketahui hanya selepas berlaku kematian.

“Orang Melayu terkenal dengan sikap sopan dan tidak bercerita apa yang mereka ada walaupun punya tanah berelung. Dan bila meninggal dunia, baru ahli keluarga tahu jumlah harta yang ditinggalkan. Banyak jutawan senyap di kalangan orang Melayu kerana mereka suka merendah diri,” katanya kepada Wanita.

Jelasnya, MiiM tampil memperkenalkan platform perwarisan digital untuk memudahkan pengguna melakukan pengurusan harta pusaka, wasiat dan merancang hibah aset. Beroperasi sepenuhnya secara digital, platform dinamakan i-Sayang menyediakan solusi yang komprehensif bagi memudahcara orang ramai melakukan perwarisan dengan mudah dan sah.

“Kami mensasarkan kepada mereka yang berpendapatan rendah iaitu B40 dan M40 dengan harapan umat Islam dapat menguruskan harta dengan mudah dan mampu milik.

“Sebagai contoh, kami akan menawarkan perkhidmatan sehingga RM15,000 dengan langganan bulanan serendah RM20. Selain itu kami juga memberikan faedah sampingan seperti khairat kematian dan urusan penghantaran jenazah secara percuma,” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MiiM, Ramlee Said menunjukkan aplikasi i-Sayang.

Sementara itu, Pengarah Komersial MiiM, Abdul Hadi Pilus menyatakan i-Sayang merupakan pemberian kasih sayang kepada ahli keluarga dan ia penting untuk mengelakkan sebarang permasalahan berkaitan pembahagian harta pusaka apabila seseorang itu meninggal dunia.

“Pendekatan kita adalah dengan menggunakan kaedah langganan. Mereka akan menerima pelbagai manfaat dalam pengurusan wasiat, harta sepencarian dan pelbagai lagi.

“Dengan adanya platform aplikasi mobil dan laman web ini, kami menyediakan penyelesaian yang lengkap dan juga sebagai rujukan untuk orang ramai lebih bersedia dalam melaksanakan hasrat perwarisan mereka.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan dokumentasi perwarisan secara percuma di laman web kami untuk memudahkan urusan dengan institusi berkaitan seperti di Pejabat Pesaka Kecil atau di Mahkamah Tinggil Sivil atau Mahkama Syariah, jika perlu,” tambahnya lagi.

Ulasnya lagi, walaupun tahap kesedaran mengenai kepentingan merancang perwarisan semakin baik namun sebilangan besar daripada masyarakat masih tidak bertindak untuk melakukannya dengan segera.

“Ramai yang mula cakna mengenai kepentingan perwarisan aset tapi apabila tiba bab pelaksanaan, ramai yang bertangguh. Walhal pengisytiharan hibah atau wasiat yang lengkap dapat mengelakkan banyak isu berkaitan pembahagian harta pusaka selepas kematian, katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perbezaan jantina mangsa tidak seharusnya membezakan kes jenayah seksual kanak-kanak

Oleh : Dr Haezreena Begum Abdul Hamid KES melibatkan seorang guru wanita yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar...

More Articles Like This