UNDANGAN Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemimpin yang dipecat dan digantung untuk menyertai semula parti itu mula dipertikai keikhlasannya.
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan undangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sebagai tidak masuk akal.
Ini kerana jelasnya, sehingga ke hari ini, beliau masih tidak pasti apa punca tindakan gantung dilakukan terhadapnya.
“Yang saya tahu, dia kata kita kena mohon diterima semula. Kedua, kena bawa ke Jawatankuasa Disiplin tetapi bagi saya, sampai hari ini saya tak tahu sebab digantung.
“Masa saya digantung dulu, Jawatankuasa Disiplin tak pernah panggil untuk siasatan dan untuk jawab. Jadi saya pun tak tahu sama ada yang diluahkan baru-baru ini ikhlas atau tak.
“Lagipun bagi saya tak masuk akal, apa yang dicadangkan itu mungkin reaksi, luahan daripada bawah (akar umbi),” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Kerajaan luncur naratif ekonomi MADANI menjelang Ogos – PM
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 menegaskan, parti sentiasa terbuka untuk menerima ahli yang dikenakan tindakan disiplin termasuk mereka yang digantung atau dipecat.
Mengulas lanjut adakah rakan lain yang turut digantung atau dipecat akan menerima undangan Ahmad Zahid itu, Hishammuddin berkata, ia terserah kepada mereka terbabit.
“Tetapi itu terserah kepada mereka (untuk terima pelawaan). Bagi saya kawan yang digantung, dipecat ini tak ada rugi kerana kita pun sudah digantung.
“Jadi kalau betul perlukan khidmat kita, sindiran bahkan tawaran bersyarat tak bawa apa-apa makna kepada diri saya, ” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

