Umur cecah 73 tahun, A.R. Badul sedar diri tak mampu beristeri lagi

Dari Penulis

PELAKON dan pengarah, A. R. Badul atau Armaya Aman Ramlie menyangkal dakwaan sudah berkahwin dengan aktres, Annie Arifin.

Ujar Badul, dia menafikan sekeras-kerasnya tentang khabar angin itu dan menyatakan pelakon terbabit layak mencari pasangan hidup yang lebih bagus daripadanya.

Namun begitu, pengarah filem Salah Bapak itu ada juga mendengar desas-desus yang mengaitkan lagi tentang pelakon itu adalah anaknya.

“Dari mana khabar angin itu datang? Utara, selatan, timur, barat?

“Tapi sebelum ni ada juga saya dengar orang kata tentang Annie tu anak saya. Mungkin Annie boleh cari lelaki yang lebih baik daripada saya.

“Dunia sekarang memang macam ni, orang boleh kata itu isteri saya, penghendap saya.

“Bila ada peluang untuk menjawab soalan tu, kita jawab. Kita elakkan perkara ni mendatangkan sangkaan buruk dekat orang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Puteri itu akui usianya kini sudah menginjak warga emas dan tidak mampu untuk bersikap ‘playboy’ lagi.

Tambahnya, dia turut akur dengan dunia selebriti yang kian memuncak dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

“Saya ni dah 73 tahun, takkan tak sedar diri lagi. Bukan saya nak kata saya baik.

“Saya tak kesal pun dengan tuduhan tu, sebab saya tahu itu merupakan asam garam apabila bergelar seorang selebriti.

“Sehinggakan sebelum ni, ada berita yang mengatakan saya dah meninggal dunia sampaikan ada saudara-mara dari Singapura datang sini. Saya terkapai-kapai pergi ke balai polis, nak buat laporan tentang berita palsu itu,” katanya kepada URTV.

Ditanya juga tentang respon pelakon telefilem Bini Muda itu berkenaan daripada zaman muda sehingga kini yang sentiasa diapit dengan kisah perempuan lain sehingga dikatakan mempunyai ilmu namun dia hanya menyatakan berbuat baik sahaja kepada perempuan dan bergantung dengan tindak balasnya.

“Ada yang katakan saya ni pakai ilmu. Rahsianya, teruskan sikap baik hati saja dengan semua orang. Nak cuba mana-mana wanita boleh, kalau dia tidak layan, tak perlu teruskan. Jangan susahkan diri.

“Saya tahu zaman dulu saya kacak, memang orang sering kaitkan dengan mana-mana wanita. Kalau sekarang pun masih ada, saya anggap alah bisa tegal biasa,” ujarnya ketika ditemui di majlis malam gala filem Vik2ria Secret yang diadakan di TGV KLCC, baru-baru ini.

Vik2ria Secret

Selaku pengarah filem Vik2ria Secret yang bakal ditayangkan pada 15 Jun nanti, A.R Badul menyatakan filem itu lebih kepada rahsia dalaman wanita dan turut selitkan mesej positif yang boleh dijadikan pengajaran kepada masyarakat.

Tambahnya, dia tidak melatah dengan penerimaan negatif penonton tentang filemnya itu malah dia sudah bersedia dengan keadaan itu.

“Memang 100 peratus cerita itu lebih kepada komersial yang sengit, ke arah rahsia wanita seperti pakaian wanita. Dalam tu pun kita ada selitkan mesej yang boleh diambil sebagai pengajaran.

“Saya rasa filem ni tak ‘over’ pun, sebab banyak ‘scene’ yang ‘daring’ telah dipotong dan kami banyak kena betulkan balik.

“Selagi saya sihat, saya akan tahan dengan komen negatif. Bila saya tengok portal atau blogger lain buat tentang suatu isu, nak marah pun tak boleh tapi saya rasa salah satunya, cara mereka tidak kena. Jadi jika nak berumah di tepi pantai, jangan takut dengan ombak, komen itu adalah komen. Biarkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Kerja Kahwin itu turut akui ada sedikit cabaran menghasilkan filem ini iaitu tentang pemilihan pelakon.

“Saya rasa cabaran untuk pilih pelakon melalui ‘casting director’, sebab harga artis sekarang boleh tahan tapi kita tak ada hak nak marah. Itu hak dia nak minta berapa bayarannya tapi saya kena fikir juga jualan filem ni boleh jual atau pun tidak, jadi saya duduk tengah-tengah,” ujarnya.

Filem ini membariskan pelakon tanah air seperti Ropie, Annie Arifin, Kenna Mentor, Fiza Halim, A.R. Badul, Man Raja Lawak, Wan Gegau dan ramai lagi.

Vik2ria Secret bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 15 Jun ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This