Dimash Qudaibergen tak sabar beraksi sama pentas dengan Siti Nurhaliza – “Dia seorang penyanyi luar biasa & miliki suara yang lunak”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI popular dari Kazakhstan, Dimash Qudaibergen menganggap peluang untuk menganjurkan konsert sulungnya di Malaysia pada Sabtu ini sebagai satu pengalaman paling ditunggu sejak berkecimpung dalam industri nyanyian.

Lebih membuatkan Dimash atau nama sebenar, Dinmuhammed Qanatuly Qudaibergen, 29, teruja apabila konsert diberi nama, Dimash Qudaibergen Live In Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil itu akan menampilkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Pemilihan Siti pada saya sangat tepat kerana dia adalah seorang penyanyi yang sangat luar biasa di Malaysia ini, malah mempunyai pengaruh yang besar.

“Bukan sahaja memiliki suara yang lunak, malah Siti juga seorang yang sangat mesra walaupun kami baru sahaja mengenali antara satu sama lain.

“Justeru, saya begitu teruja menantikan hari persembahan bersamanya yang turut akan dihadiri ribuan penonton Malaysia,” katanya kepada URTV.

Dimash berkongsi perkara berkenaan pada sidang media konsert Dimash Qudaibergen Live In Malaysia di sebuah hotel di ibu negara.

Tambah Dimesh, disebabkan jarak yang sangat jauh, mereka hanya melakukan persiapan bersama menerusi atas talian atau melalui panggilan telefon.

“Sebelum ini kami hanya berbincang mengenai perjalanan konsert ini secara dalam talian atau panggilan telefon sahaja.

“Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke Malaysia. Jadi, perasaan saya begitu teruja pada masa sama, saya berjanji akan berikan persembahan terbaik kepada semua peminat di Malaysia.

“Tidak dinafikan perasaan gemuruh itu ada, tapi saya juga tidak sabar menantikan hari konsert pada Sabtu ini,” ujarnya.

Ditanya adakah dirinya akan berduet bersama Siti atau menyanyi dalam bahasa Melayu, Dimash enggan berkongsi lebih lanjut kerana mahu memberi kejutan pada malam konsert berkenaan.

“Semua itu rahsia, nantikan pada malam konsert nanti,” katanya yang berkebolehan menyanyikan lagu bernada tinggi selain mahir dalam 13 bahasa.

Dimash yang memulakan karier nyanyian pada 2010 itu popular dengan lagu seperti S.O.S D’un Terrien En Détresse, Olympico, Unforgettable Day, Sinful Passion dan banyak lagi.

Terdahulu, Dimash mengadakan konsert solonya pada 6 Mei di Turkiye sebagai sebahagian daripada siri Jelajah Dunia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This