NAFAS diyakini mampu bekal baja subsidi kepada petani

Dari Penulis

PERTUBUHAN Peladang Kebangsaan (NAFAS) mampu meneruskan operasi kilang Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) bagi membekalkan baja subsidi kepada petani.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kilang itu diyakini mampu memenuhi fungsinya dalam memastikan kapasiti pengeluaran mencecah 360,000 metrik tan setahun.

Jelasnya, skim pembekalan baja subsidi merupakan program bagi mengurangkan kos pengeluaran padi di samping meningkatkan pendapatan petani.

“Berhubung kontrak (pembekalan baja), kita akan terus bincang…dan saya tak berani kata 100 peratus tetapi NAFAS ialah satu badan yang ditubuhkan kerajaan, sudah tentu mahu NAFAS terus bernafas,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang MNFSB dan Pelancaran Baja Mineral Silikon Perapi Tanah-Silgrow Plus, hari ini.

Baca artikel lain: ‘Walaupun tanpa KJ, PN boleh menang PRN 6 negeri’

Mohamad juga yakin dengan jaminan yang diberi NAFAS bahawa pengeluaran baja setakat ini mencukupi untuk dibekalkan ke seluruh negara mengikut jadual penanaman padi yang ditetapkan.

Menurutnya, walaupun dalam keadaan perbezaan ekonomi yang berlaku di seluruh negara dan dunia, NAFAS masih dapat mengagihkan dividen sebanyak lapan peratus kepada ahlinya.

“Kita ucap tahniah…kerana dalam suasana sukar dapat juga beri dividen kepada mereka yang melabur,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This