Repvblik Band ingin cipta kenangan sempena 19th Anniversary Repvblik Band Live in Kuala Lumpur. Jangan lupa ‘lock’ tarikh 11 Ogos ini!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Sandiwara cinta, Selimut tertangga, Sayang sampai mati antara lagu-lagu popular kumpulan dari Indonesia iaitu Repvblik Band. Sudah pasti peminat-peminat kumpulan muzik ini, mengingati dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut.

Peminat-peminat khususnya di Malaysia pasti tidak sabar apabila setelah sembilan tahun kumpulan yang berasal dari Bogor, Indonesia ini tidak mempamerkan persembahan di pentas Kuala Lumpur akhirnya buat julung kalinya mereka akan beraksi di Malaysia pada 11 Ogos depan bertempat di Zepp Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-19 kumpulan ini.

Malahan, kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan Repvblik Band juga masih menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tempatan.

Konsert Revpblik ulang tahun ke-19 ini dibawakan khas oleh penganjur Aytie Management dan Boomset Planning bakal menyajikan peminat dengan pertembungan karya-karya baharu dan lama Revpblik Band termasuk lagu hits mereka Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati dan Sandiwara Lagi yang pernah melonjakkan nama kumpulan band ini. Sebanyak 16 lagu akan dipersembahkan pada malam konsert itu nanti.

Para peminat boleh mendapatkan tiket konsert tersebut secara rasmi yang akan mula dijual melalui ticket2u.com.my/Repvblik pada 3 Julai, pukul 11 Pagi. Tiket-tiket mula dijual dengan harga serendah RM155, RM255, RM295, RM365 dan VIP Box pada harga RM4,800.

Proses pemilihan lagu agak mencabar kerana kumpulan band ini memikirkan lagu yang paling disukai khalayak ramai serta karya terbaik daripada seleksi album mereka.

Repvblik Band yang memperjuangkan genre Pop Rock dan Rock Alternatif sudah menghasilkan lapan album sejak kemunculan mereka dalam industri muzik pada 2004 dan pada tahun ini Repvblik Band telah mengeluarkan sebuah lagu iaitu Sandiwara Lagi yang dihasilkan menerusi kisah cinta sebenar vokalisnya, Ruri Herdian Wantagio juga pencipta untuk lagu tersebut.

Persembahan pada malam itu nanti akan menampilkan Yuletta Yucha, Tiktokers yang sedang meningkat naik sebagai penyanyi undangan untuk persembahan pembukaan.

Dia akan menyampaikan empat buah lagu dan satu lagu duet bersama Repvblik Band. Kumpulan yang dianggotai empat orang ahli iaitu Ruri (Vokalis), Lavy (Bass), Tyar (Keybord dan Backing Vokal), dan Ei (Gitar utama) telah bergiat aktif sejak 2007.

Untuk rekod, lagu Sandiwara Cinta merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 113 juta jumlah tontonan di platform Youtube selain lagu tersebut sering menduduki carta lagu di stesen radio tempatan dan lagu-lagu dari Repvblik Band sering diputarkan dicorong-corong radio tempatan.

Kedatangan band popular ini ke Malaysia sudah pastinya menjadi momen yang paling ditunggu peminat setia mereka dan sudah pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini.

Dengan pasukan produksi di bawah Aytie Management yang berpengalaman menguruskan perjalanan konsert ini, sudah pasti sesuatu yang hebat akan dipersembahkan. Memori pasti akan terpahat dalam jiwa semua yang hadir.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This