Isu Freemason : Shuib maafkan Zulhairi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAWAK dan penyampai radio Shuib menyifatkan tuduhan mengenai isterinya Allahyarham Siti Sarah yang ditidurkan sebagai salah satu agenda Freemason adalah fitnah melampau sehingga memberi kesan terhadap anak-anak dan keluarganya.

Shuib atau Shahmira Muhammad,39, bagaimanapun bertindak memaafkan salah seorang individu yang memfitnah iaitu Zulhairi Othman,35, yang mencetuskan isu tersebut pada sidang media tergempar di Cheras, hari ini.

Jelas Shuib, dakwaan yang mengatakan dia memaksa Siti Sarah ‘ditidurkan’ atas arahan dakyah organisasi tertutup Freemason adalah satu tuduhan bersifat dangkal.

“Saya masih boleh terima bila dituduh ahli Freemason walaupun tuduhan itu tak betul 100 peratus.

Pelakon dan Pelawak terkenal, Shuib mengadakan sidang media bersama pengguna media sosial, Zulhairi Abu Osman berkenaan isu kematian Allahyarhamah Siti Sarah yang dikaitkan dengan agenda Freemason di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Bila pemfitnah itu libatkan pula arwah isterinya ‘ditidurkan’ atas arahan pertubuhan itu, ia tuduhan sangat bodoh dan melampau.

“Tuduhan itu akan mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai sedangkan saya yang menghantar arwah ke hospital dan saya jugalah yang menjadi orang terakhir melihat arwah sebelum ditutup dengan pembungkus plastik mayat.

“Arwah dia dijaga baik oleh doktor dan jururawat. Jadi macam mana pula boleh timbul isu saya bunuh Sarah?,” katanya kepada URTV.

Sidang media yang berlangsung hampir sejam itu pada awalnya sedikit tegang dan Shuib dilihat agak beremosi namun mampu dikawal selepas melihat Zulhairi yang menunjukkan kekesalan atas khilaf yang dilakukan.

Tambah Shuib, dia membuat keputusan untuk menerima permohonan maaf Zulhairi disebabkan sifat ikhlas pemuda itu.

“Saya maafkan dia kerana dia berani, gentle dan ada usaha untuk mencari saya serta mengaku kesalahan dia.

“Semalam dia pun mahu mencari saya. Lepas saya hubungi dia, saya nampak dia seorang yang naif.

“Kalau ikutkan memang saya marah tapi saya ada sifat perikemanusiaan. Saya pun fikir dia ada anak-anak dan isteri serta kerjaya.

“Saya maafkan dia dan beri peluang untuk dia jelaskan apa tujuan disebalik hantaran yang dia lakukan itu,” katanya. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This