Pearly catat rekod dunia wanita buat pukulan ‘smash’ terlaju, kelajuan 438 km/j

Dari Penulis

PEMAIN beregu utama wanita negara Pearly Tan kini memegang Rekod Dunia Guinness dengan pukulan “smash” paling laju.

Beliau mengukir namanya di dalam buku rekod dunia itu untuk Kategori Pukulan Badminton Terpantas (Wanita) dengan kelajuan 438 kilometer sejam (km/j), kata Persekutuan Badminton Dunia (WBF) dalam halaman media sosialnya hari ini. 

Rekod itu dicapai di sebuah gimnasium kilang Yonex Co. Ltd. di Saitama, Jepun pada 14 April lepas dan disahkan oleh hakim-hakim Rekod Dunia Guinness.  

Pukulan “smash” pemain berusia 23 tahun dari Kedah itu lebih laju daripada rekod kelajuan kereta Formula Satu (F1)  iaitu pada 372.6 km/j

Pearly yang bergandingan dengan M. Thinaah kini berada di ranking ke-11 dunia.

BERITA BERKAITAN Jurulatih kagum kekentalan dipamer Pearly-Thinaah

Baru semalam, kedua-dua mereka diumumkan sebagai Pasukan Wanita Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2022 selepas memenangi pingat emas Sukan Komanwel Birmingham dan Terbuka Perancis dalam tahun yang sama.

Sementara itu, pemain badminton India  Satwiksairaj Rankireddy memecahkan rekod pemain kebangsaan Tan Boon Heong dengan kelebihan 72 km/j dalam kategori lelaki, dengan pukulan “smash” menakjubkan pada kelajuan 565 km/j. 

Rekod seblum ini yang dicipta Boon Heong dengan kelajuan 493 km/j pada Mei 2013 di kilang Yonex yang sama.

Yonex dalam laman sesawangnya berkata saat-saat impak pukulan “smash” sebenar direkodkan menggunakan sebuah kamera berkelajuan tinggi.

“Halaju segera bulu tangkis selepas impak kemudian dikira daripada rakaman foto,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Haaland jadi wira Norway, cipta kejutan singkirkan Brazil 2-1

NORWAY mencipta kejutan terbesar dalam Piala Dunia 2026 setakat ini selepas membenam Brazil 2-1 sekali gus menyingkirkan juara dunia...

More Articles Like This