GIOVANNA Koay Yi Shyuan dari SMJK Perempuan China Pulau Pinang menjadi juara berganda bagi kategori perseorangan perempuan dan beregu perempuan bersama Lee Joinne dari SMJK Jit Sin dalam Pusingan Kelayakan 2 Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) 2023 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
“Sukar untuk menumpukan perhatian apabila menyertai kategori kerana saya benar-benar perlu fokus kepada stamina dan pemulihan untuk setiap perlawanan.
“Tetapi nasib saya baik, saya mempunyai pasangan yang baik dalam beregu (Lee Joinne dari SMJK Jit Sin), yang banyak melindungi saya agar saya tidak terlepas banyak pukulan,” kata juara Perseorangan dan Beregu Perempuan Bawah-15 itu.
Seorang lagi pemain yang menggondol gelaran berganda ialah Chong Lee Qian dari SMJK Sin Min. Kejuaraan pertama diperoleh apabila dia menewaskan Darwin Yeong Jun Bin dari SMK St. George Taiping Perak untuk kategori Perseorangan Lelaki B-13 dan kemudiannya, bergandingan dengan Tan Kean Loong dari Kolej Sultan Abdul Hamid untuk memenangi kategori Beregu Lelaki B-13.
Pusingan Kelayakan 3 AJBC seterusnya akan diadakan pada 28 hingga 30 Julai di Ipoh, Perak.
Kejohanan AJBC yang menyaksikan kejuaraan sulungnya pada 2022, kembali tahun ini dengan penambahan Pusingan Kelayakan di Sabah, Sarawak dan Pahang, menjadikan jumlah keseluruhan lokasi kepada 10 lokasi pada tahun ini.
AJBC 2023 dijangka menarik lebih 2,500 bakat muda badminton, 500 lebih ramai berbanding tahun lepas.
Disokong oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), kejohanan itu akan berlangsung di seluruh negara bermula Julai ini. Pusingan kelayakan berlangsung selama tiga hari di 10 lokasi seluruh negara bermula Julai hingga November, dengan perlawanan akhir selama empat hari dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 19 November di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
AJBC menampilkan empat acara – perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan perempuan, dan beregu perempuan – dalam kategori Bawah-13 dan Bawah-15
Pemenang perseorangan dan beregu Perlawanan Akhir AJBC 2023 masing-masing akan menerima RM1,000 dan RM1,200. Pemenang di semua sepuluh Pusingan Kelayakan akan membawa pulang RM500 dengan juara beregu memperolehi RM600.
Keputusan:
Bawah 13 (13 tahun ke bawah)
Perseorangan Lelaki: Chong Lee Qian, SMJK Sin Min
Beregu Lelaki: Chong Lee Qian, SMJK Sin Min dan Tan Kean Loong, Kolej Sultan Abdul Hamid
Perseorangan Perempuan: Ho Wen Jie, SMK Seafield
Beregu Perempuan: Melody Heng Yen Xe, SMK Jit Sin dan Ooi Chu Han, Jit Sin SKK
Bawah 15 (14 hingga 15 tahun)
Perseorangan Lelaki: Tiew Yi Cheng, SMK Methodist Telok Datok
Beregu Lelaki: Ang Kay Yen, SMJK Jit Sin dan Louis Lee Qi Jun, SMK Berapit
Perseorangan Perempuan: Giovanna Koay Yi Shyuan, SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Beregu Perempuan: Giovanna Koay Yi Shyuan, SMJK Perempuan China Pulau Pinang dan Lee Joinne, SMJK Jit Sin
- – UTUSAN TV
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

