The 1975 pulang ke UK lepas enam jam buat persembahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KUMPULAN pop rock British, The 1975 yang melakukan aksi biadab dan keterlaluan sewaktu membuat persembahan pada Festival Good Vibes 2023, Jumaat lalu telah berlepas pulang ke United Kingdom (UK) hanya selepas enam jam membuat persembahan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan, ia sekali gus membuatkan pihaknya tidak dapat mengambil tindakan selanjutnya.

Menurut Ayob Khan, ada pihak yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengambil tindakan pantas menahan kumpulan terbabit.

“Insiden ini berlaku pada 21 Julai pukul 11.30 malam, kita difahamkan konsert itu telah diberhentikan dan kumpulan ini telah berlepas pulang keesokan pagi iaitu pada pukul 5.30 pagi.

“Jadi dalam tempoh enam jam sahaja mereka dah berlepas pulang manakala laporan polis dibuat pada 22 Julai pukul 2 petang.

“Kita tidak sempat mengambil tindakan kerana mereka dah berlepas balik,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, pihaknya tidak boleh memohon notis merah daripada Polis Antarabangsa (Interpol) kerana kesalahan yang dilakukan The 1975 itu tidak dikategori sebagai kesalahan besar.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, PDRM akan berurusan dengan pihak berkuasa UK sekiranya memerlukan.

“Kesalahan ini dilakukan di negara ini, bukan di luar negara. Jadi, kita tak boleh mohon notis merah kecuali melibatkan kesalahan besar seperti membunuh dan sebagainya,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: Lepas buat ‘onar’ di Malaysia, The 1975 batal persembahan di Indonesia, Taiwan

Ayob Khan turut memaklumkan setakat ini terdapat 18 laporan telah dilakukan melibatkan lapan di Selangor dan 10 lagi kontinjen luar.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada 13 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.

“Enam keterangan diambil dari pengadu, seorang penganjur dan enam Puspal. Setakat ini pihak polis menerima 18 laporan, lapan daripadanya daripada kontinjen Selangor dan 10 membabitkan kontinjen luar.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

“Saya yakin selepas ini Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) akan lebih berhati-hati.

“Kita ada maklum balas berkenaan kelakukan persembahan The 1975 di luar sebelum ini. Mungkin akan datang perlu dilihat secara keseluruhan.

“Kalau ada kumpulan atau artis luar pernah terlibat dengan kontroversi yang tidak sesuai dengan budaya kita, tak perlu jemput ke sini,” katanya.

Media melaporkan persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya, Matt Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Sehubungan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang sepatutnya berlangsung sehingga hari ini dibatalkan serta-merta.

Fahmi menegaskan, pendirian kerajaan adalah jelas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This