Penyanyi Sinead O’Connor meninggal dunia pada usia 56 tahun

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI dan aktivitis kelahiran Irish, Sinead O’Connor atau nama Islamnya, Shuhada’ Sadaqat meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Berita pemergian penyanyi yang cukup popular menerusi single Nothing Compares 2 U pada 1990 itu disahkan ahli keluarganya, semalam.

“Dengan dukacitanya kami ingin mengumumkan Sinead telah meninggal dunia.

“Ahli keluarga dan rakan-rakan amat bersedih dan meminta untuk tidak diganggu ketika waktu sukar ini,” kata wakil ahli keluarga menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun, punca dan tarikh kematian penyanyi itu tidak didedahkan.

Sinead memeluk Islam pada Oktober 2018 dikatakan berdepan masalah kesihatan mental selepas kematian anak lelakinya iaitu Share,17, pada 2022.

Susulan kematian Shane, Sinead pernah menulis satu ciapan di Twitter mengenai mendiang anaknya.

“Dia memutuskan untuk mengakhiri kesengsaraan dunia dan meminta agar tiada siapa mengikut jejak langkahnya,” tulisnya.

Sinead turut memberi penghormatan kepada Shane dalam salah satu tweet terakhirnya, 

“Cinta dalam hidup yang menerangi jiwa. Kami satu jiwa dalam dua bahagian,” tulisnya.

Sinead terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan hak asasi manusi termasuk persembahan kontroversi di Saturday Night Live pada 1992 sebagai tanda protes terhadap penderaan seksual kanak-kanak di gereja Katolik.

Menerusi bidang muzik, lagu Nothing Compares 2 U ciptaan Prince pada 1990 telah berjaya melonjakkan namanya dan dinobatkan sebagai single nombor satu dunia oleh Billboard Music Awards.

Malah, majalah Rolling Stones menyenaraikan lagu tersebut di tempat ke-165 dalam senarai 500 lagu terbaik sepanjang zaman.

Menerusi lagu sama, Sinead turut diangkat sebagai wanita pertama yang memenangi video muzik terbaik di Anugerah Music Television Awards (MTV) pada 1990.

Sinead pernah mengeluarkan memoir berjudul Rememberings pada 2021.

Sejak membuat kemunculan pada 1987 sehingga 2014, Sinead sudah menghasilkan 10 album studio.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This