PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat sebagai wadah baharu bagi mengangkat semula darjat serta martabat negara.
Katanya, ia bertanggungjawab menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju di rantau Asia Tenggara yang akhirnya memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan lebih bermutu.
Jelasnya, Ekonomi Madani juga akan menjadi induk kepada beberapa lagi dasar khusus yang akan diumumkan kelak termasuklah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
“Kerangka Ekonomi Madani ini adalah untuk memperkasa seluruh entiti negara bermula dari rakyat, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta. Kita semua perlu bertekad merangkul seluruh kekuatan dan tenaga bagi menjayakan iltizam ini.
“Setiap kementerian mulai hari ini akan mengumumkan ikhtiar-ikhtiar yang lebih khusus bagi memperkukuh inisiatif baharu Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat.
“Pada masa yang sama, usaha memperkasa ekonomi negara agar rakyat lebih mandiri dalam menghadapi cabaran semasa akan tetap berterusan dan terus ditambah baik.
“Malah, denyut nadi dan aspirasi rakyat segenap Malaysia akan tetap menjadi perhatian Kerajaan Perpaduan ini,” katanya dalam ucapan Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali serta majoriti anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.
Perdana Menteri menambah, Ekonomi Madani menetapkan sasaran jangka pendek yang sudah pun digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan rakyat
Selain itu, tambah beliau, ia turut menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun dan bagi mencapai hasrat tersebut, struktur ekonomi negara perlu dirombak.
“Jika kita hanya berpuas hati dengan keadaan sekarang, ekonomi akan terus mencatat pertumbuhan antara empat hingga lima peratus.
“Namun, jika kita berusaha gigih dan melaksana pembaharuan, kita mampu mencapai 5.5 peratus, malah saya percaya adalah tidak mustahil untuk kita menghasilkan pertumbuhan enam peratus,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

