JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggunakan sistem pemantauan pengauditan, iPATUH, sepenuhnya bermula hari ini bagi memastikan proses pengauditan dilaksana secara efektif selain menutup ruang ketirisan hasil negara.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sistem yang dibangunkan sejak 2019 itu amat efisien dan mampu meningkatkan hasil negara kerana pernah mengesan ketirisan hasil sebanyak RM1.5 bilion pada tahun lepas.
“Mereka (JKDM) kejar dan dapatkan hasil berkaitan dan ini menunjukkan sistem iPATUH beri kecekapan kepada sistem (jabatan) dan tutup ketirisan hasil,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan sistem iPATUH itu hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan.
Baca juga: Kastam rampas dadah RM40.56 juta disembunyi dalam mesin
Ahmad berkata, sistem berkenaan juga dapat memendekkan tempoh pengauditan JKDM antaranya mengenai pematuhan pembayaran cukai syarikat iaitu daripada empat bulan kepada dua bulan.
“Sebagai contoh sebelum ini 8,600 fail setahun diselesaikan (JKDM) tetapi melalui sistem iPATUH ia boleh meningkat kepada 10,700 fail.
“Kaedah sistem ini adalah tanpa kertas dan ia libatkan bank data…apabila taip nama syarikat berkaitan dan ia akan terpapar dalam sistem,” katanya sistem iPATUH itu boleh diakses oleh 15,000 pegawai JKDM.
Melalui pelaksanaan sistem iPATUH, yang dibangunkan secara dalaman oleh JKDM dengan kos sebanyak RM375,000, dianggarkan RM8.6 juta belanjawan mengurus tahunan JKDM dapat dijimatkan, katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Jabatan Akauntan Negara sedang dalam proses membangunkan aplikasi bagi memudahkan masyarakat memeriksa wang tidak dituntut, yang kini berjumlah lebih RM11 bilion, secara dalam talian.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

