Dua maut kemalangan babit tiga kenderaan di Sitiawan

Dari Penulis

Dua maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah bas ekspres di Taman Nesa dekat Sitiawan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 6.15 pagi.

Beliau berkata dua individu iaitu seorang lelaki berusia 79 tahun serta seorang wanita berumur 68 tahun kedua-duanya warga tempatan yang menaiki kereta jenis Proton Persona tersepit dalam kenderaan tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.

“Kesemua 12 orang penumpang termasuk pemandu bas ekspres dan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga terselamat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihaknya menyerahkan mangsa yang maut kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.33 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Lily Suryana Roslaili di talian 013-6559693.

— BERNAMA

Friday , 28 July 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki berpakaian seperti askar, bawa senjata di Kepong

PIHAK polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata dipercayai tiruan...

More Articles Like This