Zaidy stabil, boleh terus kempen secara maya – Jalaluddin

Dari Penulis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Zaidy Abdul Kadir berada dalam keadaan stabil dan boleh meneruskan kempen secara maya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Saya telah melawat Datuk Zaidy dan beliau berada dalam keadaan stabil dan tiada perkara serius, cuma kakinya sahaja yang patah. Saya tidak fikir beliau boleh berkempen secara agresif waktu ini.

Datuk Seri Jalaluddin Alias

“Ini tidak mendatangkan masalah kepada calon kerana beliau boleh meneruskan kempen secara maya. Yang saya bimbang ketika ini ialah pemandunya, yang berada dalam keadaan kritikal,” katanya selepas melawat calon BN itu di Hospital Jempol, tengah hari ini.

Dalam kemalangan jalan raya itu, kenderaan yang dinaiki Zaidy terbabas di Jalan Pasir Besar-Palong, kira-kira pukul 3.25 pagi tadi, menyebabkan beliau mengalami kecederaan, sementara pemandunya berada dalam keadaan kritikal.

Zaidy akan bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN), S. Surash pada Pilihan Raya Negeri, 12 Ogos ini.

Baca artikel berkaitan: Calon BN DUN Jeram Padang terlibat dalam kemalangan – Asyraf

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua calon supaya menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang berkempen pada PRN ini.

Katanya, kejadian yang menimpa Zaidy bersama pemandunya itu, wajar dijadikan iktibar, bukan sahaja kepada calon BN dan Pakatan Harapan (PH) tetapi juga Perikatan Nasional (PN).

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan semua calon berkempen sehingga 12 tengah malam. Saya tidak fikir waktu kempen itu menjadi penyebab berlakunya kemalangan.

“Zaidy merupakan calon baharu, mungkinlah beliau menggunakan waktu selepas habis berkempen untuk bertemu dengan jentera, Menyusun strategi untuk dibawa pada keesokan harinya tanpa mengambil kira waktu rehat,” jelasnya.

Tambah Jalaluddin, calon dan jentera parti kurang rehat dan keletihan sepanjang tempoh kempen ini.

“Jangan ambil mudah soal keselamatan dan kesihatan. Betul kita perlu keluar berkempen, tetapi kita tidak boleh berkompromi soal kesihatan dan keselamatan,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Scotland raih tiga mata, Haiti beri tentangan sengit

SCOTLAND mungkin meraih tiga mata penuh menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Haiti dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia...

More Articles Like This