WARGA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, dari segi impak politik, golongan itu cukup penting kerana kelompoknyaĀ mempunyai kira-kira tigaĀ juta orang termasuk peneroka, ahli keluarga danĀ kakitangan Felda sendiri.
āTerdapat 54 kawasan Parlimen yang mengandungi tanah-tanah rancangan Felda yang mesti dilihat bahawa ia boleh mengubah landskap mana-mana kerajaan yang ada dalam negara ini,ā katanya kepada Bernama.
Justeru, beliau menegaskan warga Felda memerlukan sebuah kerajaan yang membela nasib mereka dan kerajaan juga mesti memberi perhatian terhadap masa depan dan kehendak warga Felda seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan ketika ini.
āIni merupakan hubungan tiga hala sebenarnya iaitu antara peneroka, Felda dan kerajaan yang mesti seiring kerana potensi yang besar dan harus diperjuangkan adalah rakyat,ā katanya.
Baca juga: Dulu Pas hanya berkawan, bukan walaā dengan DAP
Dalam pada itu, Ahmad Shabery juga mencadangkan agar peneroka yang mempunyai lebihan tanah untuk mengusahakan tanaman seperti durian Musang King bagi menjana pendapatan sampingan yang menjanjikan pulangan lumayan.
Beliau berkata, idea itu pernah dilontarkannya sewaktu menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekitar 2018 dengan kawasan FeldaĀ Neram 1 di sini menjadi perintis tanaman fasa pertama membabitkan 600 pokok.
āPenanaman durian ini boleh dikomersialkan kerana nilainya tinggi dan kalau tidak pun ia akan mengubah landskap untuk anak cucu yang dari perantauan apabila balik ke Felda boleh melihat dusun durian selain kelapa sawit.
āSaya akan berbincang dengan semua pihak terlebih dahulu. Secara jujurnya kita tidak mahu tebang pokok kelapa sawit kerana ia merupakan hasil keluaran Felda yang terbesar,ā katanya.
Difahamkan, anggaran kasar pendapatan tahunan bagi satu hektar kelapa sawit ialah RM17,500 manakala durian Musang King RM155,250.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV āshortcutā muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik āAdd to Homescreenā
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diĀ TikTok,Ā Facebook,Ā Twitter,Ā InstagramĀ &Ā Telegram

