GEMUK : Fakta Asas Rawatan Kurus Badan

Dari Penulis

Seseorang itu tidak akan menjadi gemuk disebabkan kurang bersenam. Badan anda ibarat enjin yang memerlukan makanan-makanan ter tertentu dalam sesuatu tempoh. Sekiranya anda tidak makan makanan yang betul pada waktu yang betul maka ia tidak akan membakar kalori makanan tersebut dan badan akan menyimpan kalori berkenaan sebagai tisu-tisu lemak.

Selain itu, terdapat kecenderungan untuk terlebih makan sebagai tindak balas terhadap perasaan negatif seperti sedih atau marah.

Mengurangkan lebihan berat badan memberi kesan besar dalam mengurangkan masalah-masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi; masalah gastro esophageal reflux; sesetengah barah; kemurungan, insomnia, sengal sendi dan masalah kulit. Maka rawatan kurus badan adalah terbaik untuk anda.

Rawatan menurunkan berat badan adalah suatu proses bagi mengurangkan lebihan lemak badan yang terkumpul dalam badan di mana dalam jangka panjang menjadi gudang simpanan faktor-faktor risiko. Kaedah terbaik bagi rawatan menurunkan berat badan ialah program yang melibatkan pemakanan sihat, senaman, perubahan sikap dan jika perlu, rawatan pemulihan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kempen ‘Sayang, Kan?’ galakkan rakyat Malaysia lebih faham dan prihatin terhadap obesiti

DIINPIRASIKAN daripada ungkapan yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia, ‘Sayang, Kan?’ mengajak masyarakat merenung semula satu soalan mudah yang...

More Articles Like This