Curi gaji pekerja, empat suspek termasuk suami isteri ditahan

Dari Penulis

Sepasang suami isteri warga tempatan dan dua lelaki warga asing ditahan polis Isnin lepas bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian wang tunai lebih RM200,000 dan 32 unit telefon bimbit milik syarikat memproses makanan di Pulau Indah, Klang.

Ketua Polis Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima aduan pada 4 Ogos daripada pembantu pengurus sumber manusia syarikat terbabit, mendakwa wang tunai serta telefon bimbit tersebut yang diletakkan dalam pejabat telah hilang, disyaki dicuri. 

Katanya hasil siasatan mendapati sehari sebelum laporan dibuat, pengadu telah memasukkan wang itu ke dalam sampul-sampul surat untuk membuat bayaran gaji kepada pekerja dan menyimpannya di dalam almari sebelum pulang ke rumah.

“Pada 4 Ogos, jam lebih kurang 6 pagi, setelah sampai ke pejabat pengadu mendapati wang tunai itu bersama 32 unit telefon bimbit telah tiada dan syarikat pengadu mengalami kerugian sebanyak RM220,000. 

Cha berkata kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Beliau berkata keempat-empat suspek yang juga pekerja di syarikat itu ditahan tiga hari selepas laporan dibuat dan polis turut merampas wang tunai berjumlah RM110,680 serta 15 jenis barang kemas berserta resit pembelian.

Katanya kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun itu direman tiga hari dan kertas siasatan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat. 

—  BERNAMA

Wednesday, 09 August 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This