UMNO kalah, perlu ada tanggungjawab seperti Najib Razak – Affifi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

UMNO perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan memenangi 89 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan 12 Ogos lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Mohd Affifi Mohd Aris berkata, antara contoh terbaik yang ditunjukkan kepimpinan UMNO sebelum ini ialah bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Mohd Affifi, beliau amat mengagumi jiwa besar Najib yang mengambil tanggungjawab penuh iaitu meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO selepas Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Namun, beliau (Najib) tetap utuh berjuang demi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN sehingga kita menjadi sebahagian daripada kerajaan pada 2020 dan memimpin kerajaan sebagai Perdana Menteri pada 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: Desak Zahid lepas jawatan hanya jalan pintas beri alasan atas kekalahan UMNO

Untuk rekod, Najib mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN pada 12 Mei 2018 susulan prestasi buruk BN pada PRU14.

Mengulas lanjut, Mohd Affifi turut menyifatkan kekalahan UMNO yang bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN kali ini sebagai ‘menang bersorak, kampung tergadai’.

Hal itu menurut beliau kerana gabungan BN-PH ditolak oleh pengundi walaupun dengan laungan ‘perpaduan’ oleh pemimpin kedua-dua gabungan parti tersebut.

“Pada awalnya, ahli UMNO dimomokkan dengan penggabungan BN-PH akan menguntungkan dengan formula PH akan menguasai negeri-negeri di Pantai Barat dan UMNO akan menguasai negeri-negeri di Pantai Timur.

“Akan tetapi, apa yang berlaku sebaliknya. Ini membuktikan, formula ini hanya ‘angan-angan mat jenin’ bagi BN-PH, kecuali bagi DAP yang bertanding di 47 DUN dan memenangi 46 kerusi. Hakikatnya, DAP semakin kukuh, yang lemah adalah UMNO,” katanya.

Mohd Affifi menambah, beliau berazam untuk membaiki prestasi UMNO yang dilihat semakin merosot dari semasa ke semasa, dengan bermula di peringkat Pemuda UMNO.

Kata Mohd Affifi, prestasi UMNO dalam PRN kali ini merupakan yang terburuk dan memalukan dalam sejarah politik Malaysia untuk sebuah parti tertua berusia 77 tahun.

Menurut beliau, UMNO dan BN hanya mampu memenangi 19 daripada 108 kerusi DUN yang ditandingi dengan sumbangan terbesar daripada UMNO Negeri Sembilan sebanyak 14 kerusi DUN.

“Ini merupakan satu isyarat jelas daripada rakyat Malaysia tentang penolakan UMNO (BN) pada masa kini, lebih sesuai ditakrifkan sebagai manifestasi rakyat terhadap UMNO dan BN.

“Melihat kepada keadaan ini, UMNO dan BN perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan mesti diadakan post-mortem yang menyeluruh,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This