UMNO perlu melakukan proses pasca nilai bagi mengetahui punca kekalahan parti tersebut pada pilihan raya negeri (PRN), baru-baru ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan, desakan supaya Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan hanyalah jalan pintas dalam permasalahan yang dihadapi.
“Itu mungkin jalan pintas, jalan mudah untuk memberi alasan atas kekalahan. Seelok-eloknya kita kaji dan buat post-mortem untuk kita tengok apa punca-puncanya, di mana kelemahan dan sebagainya.
“Apabila marah, emosi, akan keluar macam-macam kenyataan. Jadi, saya tidak mahu tergolong macam itu.
“Biar kita reda, kita lakukan post-mortem, kita cari kelemahan-kelemahan kita,” katanya seperti dilapor Astro Awani.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 di Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.
Baca artikel lain: DAP, BN akan bertambah kuat – Kor Ming
Ditanya faktor-faktor yang menyumbang kepada kekalahan di dalam PRN, Mohamed Khaled berkata, ada banyak faktor yang mungkin mempengaruhi keputusan pengundi.
“Ya, ada banyak (faktor). Antaranya adalah, kita kena tahu apakah isu-isu yang dibawa dalam PRN ini. Kita juga tidak nafikan bahawa mungkin suasana daripada Pilihan Raya Umum lalu masih lagi ada, dan sebagainya.
“Kita juga tahu, mungkin rakyat masih belum merasai sepenuhnya kesan-kesan daripada usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan negara.
“Jadi, semua ini. Akhirnya, ini yang kita dapati. Dan mungkin bagi banyak pengundi dan penyokong UMNO, ini pertama kali mereka bekerjasama dalam satu pasukan yang dulunya mereka lawan sama sendiri,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

