Ali enggan layan desakan Hidayah tuntut bayar hutang – “Kita bertindak matang, fokus berniaga”

Dari Penulis

PELAWAK Ali Puteh bertindak untuk tidak memnbuat sebarang kenyataan balas berhubung desakan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali yang menuntut hutang berjumlah RM76,000 daripadanya.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan,34, enggan mengeluarkan sebarang komen selain mahu fokus kepada perniagaan sambal yang baharu diusahakan ketika ini.

“Saya okey… saya okey sahaja. Jangan risau. Kita bertindak matang kali ini. Tak ada nak keluar kenyataan. Tak mahu layan, kita nak fokus berniaga.

“Biarlah orang berkata-kata. Kalau orang penat, orang berhenti… kita berniaga, kita teruskan,” ujarnya.

“Saya okey… saya okey sahaja. Don’t worry. Kita bertindak matang kali ini. Tak ada nak keluar-keluar statement. Tak mahu layan, kita nak fokus berniaga.

“Biarlah orang berkata-kata. Kalau orang penat, orang berhenti… kita berniaga, kita teruskan. Bila ramai yang tahu, banyak media hubungi saya. Cuma saya tak nak layan… Kalau layan jadi masalah.

“Saya ambil tindakan bijak, masak sambal macam biasa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Balu Abam Bocey dah ‘berbunyi’ fasal hutang, masih belum terima RM76,167.28 daripada Ali Puteh – “Hutang wajib bayar”

Ali berkata demikian ketika mmuncul dalam video ‘live’ di TikTok, semalam.

Ali menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan mengenai isu tersebut di laman sosial tersebut.

Sementara itu, Ali menyedari ada segelintir pihak yang tidak senang melihat perniagaannya yang menerima banyak tempahan.

“Biasalah saya tengah seronok berniaga, mana boleh orang tengok kita senang. Bila berniaga ni, tak ada orang lain nak menjatuhkan selain orang kita.

“Jadi, jangan layan. Dah masuk tiga tahun, benda kecil macam ni tak kan tak boleh urus. Yang saya tahu, teruskan berniaga macam biasa,” tegasnya.

Terdahulu, Hidayah yang merupakan balu kepada Allahyarham Abam itu mendakwa masih belum menerima bayaran ganti rugi sebanyak RM76,167,28 daripada Ali seperti yang diperintahkan oleh mahkamah selepas kalah kes saman fitnah tahun lalu.

Sehingga kini, Hidayah masih belum menerima sesen pun duit daripada pihak Ali sehingga hutang tersebut tertunggak sejak 18 Februari 2022.

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun Instagram antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.

Selepas dua tahun kes tersebut dibicarakan di mahkamah, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari tahun memutuskan Hidayah memenangi kes tersebut.

Ali diarahkan membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Hidayah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This